Kak KM men4ngis syukur anak dapat keputusan cemerlang SPM, berkat doa solat hajat setiap hari

PERKONGSIAN video usahawan sensasi Kak KM menemani anak lelakinya mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada pagi Isnin menarik perhatian ramai.

Dalam rakaman video itu, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli dilihat terlalu gembira sehingga menitiskan air mata ketika menerima keputusan berkenaan.

Kata Kak KM, dia bersyukur kerana anaknya iaitu Mohd Faris menerima keputusan cemerlang iaitu memperoleh 6A.

Kak KM berkongsi momen tersebut di Instagram miliknya.

Walaupun tidak memperoleh semua A, Kak KM tetap berbangga dan keputusan berkenaan sudah pun memadai.

“Alhamdulillah, syukur dia memang anak yang bijak. Tak sangka dia berjaya dapat 6A.

“Saya lega sangat walaupun tak dapat semua A tapi itu pun dah cukup bagi saya,” katanya.

Berkongsi kejayaan Faris itu, Kak KM berkata dia sekeluarga kerap melakukan solat hajat bagi mendoakan kejayaan anak keduanya itu.

“Faris memang betul-betul belajar hari-hari, sampai tak tidur malam. Kami pun buat solat hajat hari-hari untuk dia.

“Dia satu-satu anak lelaki saya. Saya pun selalu cakap yang dia adalah harapan saya, itulah yang buat dia tertekan,” ujarnya.

Untuk info, seramai 395,870 calon SPM 2023 menerima keputusan masing-masing pada Isnin.

Jumlah tersebut melibatkan kesemua calon yang telah menduduki peperiksaan di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liana Rosli (@lianarosli_official)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*