NORMAL bagi sesiapa sahaja untuk mempunyai perasaan cemburu terhadap pasangannya, lebih-lebih lagi golongan wanita yang berjiwa sensitif.
Melihat pasangan bersembang mesra atau mengambil berat terhadap rakan berlainan jantina, sudah tentu timbul juga perasaan bercampur baur antara cemburu dan geram.
Begitu juga dengan situasi yang dialami wanita ini bila mana suaminya tanpa rasa bersalah melayani perempuan lain, seolah-olah tidak menjaga hatinya sebagai seorang isteri.
“Suami wish birthday dekat betina lain… lepas tu VC (video call) lagi dekat tempat kerja. Rasa boleh tak saya mengamuk?
“Nombor perempuan tu ada je ni. Dah confront laki (suami), dia just reply ‘K’ je dekat WhatsApp. Malas nak confront depan-depan sebab tak nak gaduh depan anak. Anak kecil lagi.
Perselisihan faham antara suami isteri adalah lumrah dalam kehidupan berumah tangga. -Gambar hiasan
“Last conversation mereka yang wish birthday 12 April hari tu. Perempuan tu pun negeri lain, (dia) ex-girlfriend kawan suami. Anak empat, dah besar-besar, umur pun dah 40an. Patut ke saya overthinking?,” tulisnya dalam satu luahan yang dikongsikan di laman Facebook.
Bukan sekadar melayan mesra wanita lain, apa yang membuatkan pengadu semakin tidak sedap hati adalah apabila suaminya juga bersikap dingin di bilik tidur.
“Ini pun dah sebulan dia tak sentuh saya. Saya memang tak ada ‘minta’ sebab biasanya saya tengok reaksi dia. Kalau dia ada hint saya fahamlah.
“Ini sekarang dia diam saja dah sebulan. Lelaki normal boleh tahan ke sebulan tak sentuh bini?
“Dia memang sentiasa dekat rumah. Tapi tak tahulah kalau dekat tempat kerja ada berhubung dengan perempuan tu,” luahnya lagi.
Wish je tak salah pun, tapi rasanya ada hubungan special tu… sekarang memang musim ‘menyondol’.
NETIZEN
Perkongsian wanita tersebut mengundang perhatian netizen dengan rata-ratanya tampil mencadangkan supaya dia bersemuka dan berbincang dengan suami agar situasi berkenaan diperbaiki demi kesejahteraan bersama.
“Cuba bawa bincang dulu, tanya baik-baik… jangan terus nak hempuk. Bagi suami terangkan dulu, sis dengar dan nilaikan.
“Bagi saya itu kecil sangat. Jangan cepat melenting. Banyakkan sabar. Dalam kehidupan berumah tangga pasti akan ada dugaan,” komen netizen.
Sebahagian daripada pandangan netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.
Namun tidak kurang juga ramai yang menasihatkannya supaya lebih berhati-hati kerana bimbang suaminya sedang bermain kayu tiga.
“Wish je tak salah pun, tapi rasanya ada hubungan special tu. Sekarang memang musim ‘menyondol’ kot. Dua-dua tetap salah.
“Instinct seorang isteri sebenarnya betul. Isteri ni dia banyak overthinking pada suami. Tapi adakala overthinking tu adalah kenyataannya,” komen netizen lain.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar
Leave a Reply