PENERBIT Datuk A. Aida tetap dengan pendirian untuk terus memboikot artis bermasalah walaupun mereka sudah mengakui dan insaf atas kesalahan dilakukan.
Tegas A. Aida atau Zaidah Awang, 54, dia akan ‘blacklist’ artis bermasalah termasuk pelakon Ruhainies daripada sebarang projek syarikat produksinya selama tiga tahun sebagai pengajaran.
“Zaman saya bermula dulu, kalau ada artis terlibat dadah, tangkap khalwat, mabuk semua kena boikot dua ke tiga tahun,” katanya.
A. Aida sentiasa mahu menjaga nama baik syarikat produksinya.
Kata A. Aida, walaupun menyenarai hitam Ruhainies namun hubungan mereka kekal baik dan tidak pernah memutuskan silaturahim.
Jelasnya, apa dilakukan adalah atas dasar profesional dan bukannya membabitkan perasaan peribadi.
“Salah tetap salah tetapi hubungan sebagai kawan, adik kakak tidak akan putus sebab kita profesional.
“Bila dekat luar, tetap bersalaman dan peluk cium,” ujarnya.
Dalam pada itu, A. Aida mencadangkan supaya boikot artis perlu dikuatkuasakan oleh semua pihak produksi demi menjaga nama industri hiburan negara.
“Saya rasa benda ini (blacklist) artis yang dilakukan oleh RTM sebelum ini dikuatkuasakan (kepada semua) supaya ia boleh menjadi pengajaran kepada artis diluar sana.
Salah tetap salah tetapi hubungan sebagai kawan, adik kakak tidak akan putus sebab kita profesional.
DATUK A. AIDA
PENERBIT
“Sebab artis ini idola kepada masyarakt, jadi kita kena beri contoh yang baik,” katanya.
Sebelum ini, A. Aida menyenarai hitam Ruhainies daripada berlakon dalam produksi miliknya susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan pelakon Aliff Aziz pada 9 Mac lalu.
A. Aida mendedahkan aktres itu sepatutnya terbabit menerusi telefilem Elhan untuk Nian namun mengeluarkan Ruhainies daripada senarai pelakon.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply