Tampal nota ‘sorry slow, wife czer’ belakang kereta, sweetnya layanan Raja Syahiran kepada Uyaina

PELAKON Uyaina Arshad tersentuh hati melihat keprihatinan dan layanan yang diberikan oleh suaminya iaitu Raja Syahiran sejak dia melahirkan anak kedua pada 17 Mei lalu.

Kata Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, suaminya itu menjaganya dengan begitu dan setia berada di sisi ketika sedang berdepan kesakitan luar biasa.

“Kepada suami saya Raja Syahiran… terima kasih sebab jaga saya. Saya sayang awak.

Netizen tersentuh hati melihat keprihatinan Syahiran.

“Sakit selepas melahirkan ni tak boleh nak describe. Lebih-lebih lagi kali pertama berjalan ke tandas, ingat pun boleh nangis,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut Uyaina turut memuat naik video memaparkan gelagat Syahiran, 31, melekatkan kertas di belakang kereta memberitahu isterinya itu baru sahaja bersalin.

“Sorry slow, wife czer,” ujarnya.

Malah, Syahiran juga dilihat sentiasa memegang tangan Uyaina sepanjang perjalanan pulang dari hospital.

Dalam pada itu, aktres ini menitipkan doa agar ibu-ibu yang baru bersalin turut mendapat sistem sokongan yang kuat seperti dirinya.

“Uyaina doakan untuk setiap wanita yang baru sahaja melahirkan anak, tak kisahlah secara normal atau caesar.

Uyaina menitipkan doa buat para ibu yang baru bersalin sepertinya.

“Dapat pulih semula dalam keadaan yang selesa, disayangi dan ada support system yang kuat,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Uyaina selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan mereka juga memiliki seorang lagi cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia setahun.

VIDEO

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*