“Sikit-sikit viralkan laki sendiri” – Abang Tesla puji isteri pertama, banyak mengalah tutup aib suami

PERSONALITI media sosial Abang Tesla memuji kesabaran dan pengorbanan yang dilakukan isteri pertama dalam melalui kehidupan poligami.

Mengambil contoh dirinya, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, berkata banyak keburukan dan aib dirinya disembunyikan oleh isteri pertamanya iaitu Nurmajdina Jamari.

Malah dia turut memuji dan menyokong Umisya Mazlan yang masih kekal setia bersama suami iaitu Ahmad Aslam.

Khal berkongsi pandangan tentang isteri pertama di Instastory miliknya.

“Saya ‘stand’ untuk Umisya. Yang kutuk-kutuk cakap bukan-bukan korang bukan tahu apa yang isteri pertama lalui. Dah banyak benda mereka mengalah. Dia (Umisya) hanya bercerita dengan kawan-kawan yang terdekat sahaja.

“Bukan macam sesetengah orang. Sikit-sikit viralkan laki sendiri. Saya mengaku saya orang yang tak baik tapi asbab isteri saya sangat menjaga aib saya. Saya nampak baik.

“Sebenarnya mereka inilah yang luar biasa. Boleh menahan diri dari menaip bukan-bukan dari media,” katanya.

Khal berkongsi perkara itu melalui satu hantaran di Instastory miliknya pada petang Isnin.

Sebelum ini, Khal dikecam netizen selepas mengajukan soalan kepada Misya mengenai berita mendakwa madunya Marissa Dania sedang hamil.

Rata-rata netizen menyelar tindakan Khal kerana kerana bertanyakan soalan yang sensitif kepada Misya

Khal anggap isteri pertama luar biasa.

Terbaharu, Aslam, Misya, Khal dan Nurmajdina dilihat kerap meluangkan masa bersama dan bercuti ke Singapura.

Pada Ogos tahun lalu, nama Khal menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik video di aplikasi TikTok mengumumkan dirinya sudah berkahwin dua.

Bagaimanapun, perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*