Baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan dengan pengumuman daripada pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa yang mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari dunia lakonan dan nyanyian bagi mengalihkan perhatian sepenuhnya kepada keluarga.
Permintaan suami
View this post on Instagram
Menurut pelakon ini, keputusan yang diambil itu bagi menghormati permintaan suaminya, seorang usahawan bernama Aliff Awang atau mesra dengan sapaan Opai.
Namun begitu, Fatin telah meminta kelonggaran kepada suaminya untuk melakukan beberapa kempen dan bekerja.
Selepas berkahwin, saya hormat permintaan suami saya. Dia kata boleh ke tak payah berlakon dan menyanyi? Saya jawab boleh sahaja, kerana saya tidak kisah pun dan saya sayang dia. Saya tidak akan berlakon lagi, tidak akan menyanyi lagi.
Tapi saya minta pada dia sedikit kelonggaran untuk buat beberapa kempen. Maklumlah saya sudah terbiasa bekerja. Saya hanya keluar sebulan sekali bekerja dan dia bersetuju. Nak kata ralat tinggalkan lakonan dan nyanyian, tidak langsung.
Perbaiki diri
Bukan itu sahaja, Fatin juga mengakui meninggalkan industri hiburan merupakan salah satu pengorbanan kecil untuknya perbaiki diri sendiri dan menjadi muslim yang lebih baik dengan menjaga pergaulan.
Dia kata sebab semua itu adalah aurat. Tetapi saya mencuba untuk perbaiki diri dan menjadi seorang muslim yang lebih baik. Suami kata suara itu aurat, dan saya cuba belajar untuk kurangkan semua itu.
Macam berlakon, semua sedia maklum kebanyakan akan secara bebas. Apabila saya fikir semula betul juga. Dulu masa saya berlakon pun bergaul campur dan bebas, ada laki orang, bini orang. Saya tidak mahu lagi berada di situasi itu lagi. Fokus sekarang keluarga sahaja.
Sekadar info, Fatin dan Opai telah sah bergelar suami isteri pada Disember 2022 dalam sebuah majlis tertutup.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifulnaara
Leave a Reply