Presiden Iran, Ebrahim Raisi dikhuatiri maut selepas helikopter dinaikinya terhempas dan ditemui dalam keadaan ‘terbakar sepenuhnya’ di kawasan pergunungan di barat laut Iran.
Menurut laporan agensi berita Iran, tiada mangsa yang terselamat ditemui di lokasi nahas helikopter berkenaan.
Antara individu yang diketahui berada di dalam helikopter tersebut adalah pegawai kanan dan Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian.
Menurut pegawai Iran, pasukan pencari mengesan serpihan pesawat di kawasan pergunungan dan cuaca berais di wilayah Azerbaijan Timur.
Helikopter Presiden Ebrahim terbakar sepenuhnya dalam nahas itu. Kami sedang mencari dengan teliti setiap inci kawasan umum nahas, di mana cuacanya sangat sejuk, hujan dan berkabus, dengan hujan beransur-ansur bertukar menjadi salji.
Terdahulu, helikopter yang membawa konvoi tersebut dilaporkan ‘hilang’ ketika dalam perjalanan pulang dari merasmikan sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan.
Penduduk tempatan dilaporkan terdengar ‘bunyi kuat’ di wilayah Azerbaijan Timur itu tidak lama selepas helikopter tersebut berangkat pulang.
VIDEO
@buletintv3 Presiden Iran Dan Menteri Luar Disahkan Terkorban #beritaditiktok #buletintv3 #nahashelikopter #presideniran
@ohbulanofficial Pasukan penyelamat sedang menghampiri lokasi nahas #ohbulan #trendingnewsmalaysia #global #helikopter #presiden #iran #rakaman #drone
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifulnaara
Leave a Reply