[VIDEO] Watie Tersentuh, Talita Hanya Mahu Luang Masa Bersama Ketika ‘Birthday’ – ‘Kalau Barang Mahal Dia Selalu Cakap Tak Payah’

Baru-baru ini, anak kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11.

Hadiah Talita

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkongsi momen sambutan hari jadi Talita sejak tahun 2022.

Walaupun pada ketika itu Watie belum bergelar isteri kepada Shuib, namun dia tetap memberi hadiah dan kejutan kepada Talita.

Berbeza pula untuk tahun ini, di mana Talita hanya mahu meluangkan masa bersama Watie ketika ulang tahun kelahirannya.

Anak yang paling senang dengar kata. Anak yang kalau barang tu mahal dia selalu cakap tak payahlah daddy, tak payahlah mummy walaupun dalam hati dia nak sangat-sangat.

Dari sebulan yang lepas tiap-tiap hari dia kira dan akan ingatkan saya berapa hari lagi nak sampai ke birthday dia.

Bila saya tanya nak hadiah apa, dia akan cakap nak spend time dating berdua dengan mummy. Tapi mummy mana boleh tinggal daddy dan Matin kan. Tapi bila bawa Matin, setiap tahun dia akan merajuk.

Semoga Allah tentukan segala yang baik-baik untuk Talita. Mummy & daddy love you so much.

Dalam masa yang sama, usahawan berusia 36 tahun itu turut menghadiahkan anak perempuannya sebuah Ipad.

Terharu dengan pemberian ibu tirinya, Talita kemudian menitiskan air mata ketika mengetahui dia bakal menerima hadiah tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat perhubungan akrab dua beranak itu dan memuji Watie kerana menjadi ibu yang baik untuk anak-anak Shuib meskipun tiada pertalian darah.

Seronoknya dapat ibu tiri yang baik macam ni, bertuah Talita ada ibu dan mummy yang sayang dia. Sebak sangat.

Ya Allah. Mengalir air mata tengok video ni. Terima kasih sebab jaga anak-anak arwah dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bagi.

Anak-anak pun sampai melekat terus dengan mummy. Terserlah kasih sayang itu. Happy Birthday Talita!

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun tahun lalu di Putra Glass Heights.

Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata. Namun Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.

VIDEO

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : IG Watie

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*