‘Jika Benar Anak Tak Sah Taraf, Myra Perlu Guna Wali Sultan Atau Wali Hakim’ – PU Syed

Penceramah bebas, PU Syed menjawab persoalan mengenai status anak tak sah taraf melibatkan pelakon Myra Natasha dan bapanya yang merupakan bekas penyampai radio, Halim Othman.

‘Jika betul, kena guna wali hakim’

Menerusi temu bual, PU Syed memaklumkan bahawa jika benar Myra berstatus anak tidak sah taraf kepada Halim, maka haram bagi mereka bersentuhan kerana tiadanya pertalian darah.

Jika benar myra berstatus anak tidak sah taraf, mereka dia dan saudara Halim bukan mahram dan haram bagi mereka untuk bersentuhan.

Tambah pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak ini lagi, Myra juga perlu menggunakan khidmat wali hakim atau pun wali Sultan sekiranya dia mahu mendirikan rumah tangga satu hari nanti.

Jika Myra berkahwin, saudara Halim tidak boleh menjadi wali kepada pernikahannya.

Justeru, Myra perlu menggunakan wali Sultan atau wali hakim bagi pernikahannya satu hari nanti.

Terdahulu, Myra mendedahkan bahawa Halim dan ibunya tidak pernah berkahwin di Thailand seperti mana yang dicanang sebelum ini.

Lebih mengejutkan, pelakon berusia 29 tahun itu mendedahkan dia sebenarnya anak tidak sah taraf atau anak luar nikah.

Menurut Myra, tujuan dia menipu adalah untuk menjaga nama baik keluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : OB

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*