Pelakon Ramona Zam Zam tampil menempelak sikap sesetengah selebriti dan pempengaruh yang tiba-tiba sahaja bersuara mengenai isu Palestin setelah disenaraikan dalam #Blockout2024 oleh netizen.
Kata Ramona, mereka ini seperti tidak ikhlas dan hanya melakukan itu kerana menjadi ‘tumpuan’ netizen kerana tidak pernah menunjukkan solidariti dan bersuara tentang isu tersebut.
Suka dengan apa yang saya nampak sekarang. Sesetengah daripada korang yang tak pernah post satu apa pun sekarang dah masuk senarai ‘blockout’ baru terhegeh-hegeh nak upload.
Tapi nak tahu tak, saya tak percayakan korang. Korang tak ikhlas, korang tak pernah peduli.
Takkan tertipu dengan korang punya last minute posting. Sekarang baru nak cakap pasal Gaza di mana sebelum ini korang sepatutnya menggunakan platform yang ada untuk bersuara tentang perkara ini.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, mereka ini yang mempunyai pengikut ramai hanya mementingkan wang dan populariti semata-mata.
Oh well, bukan korang yang kena bunuh dan dibom. Yang korang kisah adalah duit dan populariti. Korang yang pencinta duit ni, korang tak akan menemukan cinta sejati.
Siapa yang kisah tentang anak-anak yang terbunuh eh! Living a good life idgaf they said. Berbakat atau tidak, mari lihat kita lihat kejatuhan mereka.
Dia dalam pada itu turut menasihatkan netizen di luar sana untuk berhenti memaki sebaliknya berhenti mengikuti akaun media sosial mereka secara bertamadun dan profesional.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Instagram
Leave a Reply