Yusof Haslam & Patimah Tak Simpan Dendam, Sentiasa Doa Syamsul Pulang Ke Rumah – ‘Tapi Kalau Dia Tak Balik, Kami Reda’

Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail menjawab persoalan mengenai ketidakhadiran anak kedua mereka, Syamsul Yusof ke majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri serta majlis ulang tahun perkahwinannya yang ke-41 yang diadakan di kediaman rasmi mereka, semalam.

‘Kami sentiasa doa dia lembut hati’

Ketika ditemui!, Patimah memaklumkan dirinya reda dengan Syamsul yang sudah tidak pulang ke kediaman rasmi mereka sejak pengarah tersebut mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ira Kazar.

Dia (Syamsul) lama dah tak balik, sejak dia kahwin tapi saya reda saja lah.

Siapa tak sayang anak kan? Dan kami pun tak pernah buang Syamsul dari hidup kami, kami sayangkan dia.

Tapi terserah pada dia. Saya sentiasa mendoakan yang baik.

Sementara itu, Yusof mengakui dia dan isteri terluka dengan tindakan yang dilakukan Syamsul namun memilih untuk tidak terlalu memikirkan perkara tersebut. Sebaliknya, dia sentiasa mendoakan agar anaknya itu berlembut hati untuk pulang ke pangkuan keluarga.

Pada peringkat awal tak dinafikan saya dan isteri terluka dengan tindakan Syamsul tapi bila masa berlalu, kami pun dah tua, umur saya dah 70 tahun dan kami saling dekatkan diri dengan Allah.

Dan ketika ini kami menikmati hari-hari bahagian dengan anak, menantu serta cucu. Kenapa kami nak beratkan fikiran pula kan?

Apa yang kami boleh buat ialah, berdoa dari jauh.

Dan kalau satu hari nanti Syamsul berniat nak balik kepada kami, Alhamdulillah. Tetapi kalau dia tidak balik, kami berdua reda.

Bagi saya, biarlah masa dan keadaan menentukan segalanya.

Yusof dan Patimah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis indah yang diadakan di kediaman rasmi mereka pada malam Ahad.

Dalam pada itu, pengarah yang terkenal dengan jolokan ‘Six Million Dollar Man’ ini memaklumkan dia dan isteri sama sekali tidak menyimpan dendam terhadap Syamsul.

Menurut Yusof, dia akan sentiasa memberikan sokongan buat anaknya itu dalam apa jua perkara yang dilakukan dalam kerjayanya.

Tidak ada perasaan benci dalam diri kami, jauh sekali untuk ada rasa sebegitu.

Ada orang pernah kata pada saya, ‘Anak Datuk buat filem nanti jangan tak sokong pula nanti’.

Saya terus jawab, ‘Awak ingat saya seorang yang begitu ke?’. Bila dia berjaya, orang akan cakap, ‘Itu anak Yusof Haslam itu’.

Saya dan isteri sama sekali tak berdendam malah nak tengok dia berjaya.

Imbas kembali, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Syamsul sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014, namun mereka disahkan bercerai pada 14 Jun 2023.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 7, dan Summayah, 5.

VIDEO

@melodiberapi

“Kalau ada salah faham dan kerisis cari la pendamaian dengan bermaaafan jangan simpan lama-lama, antara tips rumahtangga Datuk Yusof Haslam.. Kami di Melodi ingin mengucapkan Happy Anniversary Datuk Yusof Haslam & Datin Patimah yang ke 41 tahun.. #meloditv3 #fypシ゚viral🖤tiktok #yusofhaslam #ceritaartismalaysia #fypシ #puterisarah

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*