Halim Othman tukar surat beranak guris hati bapa angkat, Myra Natasya tak akan berdiam diri – “Boleh bayangkan perasaan dia?”

PERASAAN bapa angkat pelakon Myra Natasya terguris dengan tindakan penyampai radio Halim Othman menukar maklumat sijil kelahiran asalnya tanpa kebenaran.

Myra atau Yusmyra Natasya Abdullah, 29, berkata, Halim bukan sahaja mengubah identitinya tetapi meletakkan nama bapa angkatnya iaitu Kenny Chan, 60, sebagai pemberi maklumat.

“Dialah (bapa angkat) yang mendaftarkan kelahiran saya 29 tahun lalu. Boleh bayangkan apa perasaannya apabila Halim menukar namanya sebagai pemberi maklumat?

“Dia (Halim) buat macam itu tanpa pengetahun kami dan tindakannya sudah melukakan hati bapa angkat saya. Selama ini saya diam, tapi kali ini sudah melampau.

Myra mempersoalkan tindakan Halim menukar surat beranaknya.

“Bila dia buat macam ini, dia sudah lukakan hati bapa angkat saya,” katanya.

Dalam pada itu, Myra berkata, hatinya juga turut terluka kerana sepanjang hidupnya dia tidak pernah dibesarkan oleh Halim sebaliknya bapa angkatnya mengambil tanggungjawab tersebut.

Kata Myra, bapa angkatnya itu yang menjaga semua keperluan malah memberikan pendidikan terbaik sehingga dia berjaya menyambung pengajian di universiti.

“Bapa angkat yang menjaga saya sampai besar dan dialah yang memberikan kasih sayang selain memastikan semua keperluan saya termasuk memberi pendidikan sehingga ke universiti.

“Dia (Halim) pula memang tak wujud sepanjang saya membesar. Sekarang dia mahu buat begini pula?,” ujarnya.

Sementara itu, Myra berkata, dia tidak tahu tujuan sebenar Halim menukar maklumat sijil kelahirannya namun ada kemungkinan penyampai radio itu cuba menutup kebenaran.

Saya rasa dia takut netizen atau wartawan korek kisah sebenar.

MYRA NATASYA

PELAKON

Ini kerana katanya, Halim mungkin bimbang ada pihak cuba membongkar kebenaran tentang kelahirannya.

“Dia (Halim) tidak beritahu kenapa dia menukar maklumat di surat beranak itu. Tapi saya rasa dia takut netizen atau wartawan korek kisah sebenar dan jumpa surat beranak saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Myra mendedahkan Halim dan ibunya Yusnita Omar, 49, tidak pernah berkahwin di Thailand seperti dicanang sebelum ini dan dia adalah anak luar nikah.

Myra turut mendedahkan perbualan dengan Halim di Instagram.

Myra memberitahu sebelum ini dia menipu tentang cerita perkahwinan Halim dan ibunya kerana ingin menjaga nama baik personaliti berkenaan.

Halim didakwa memasukkan namanya pada bahagian maklumat bapa tiga tahun lalu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pada April 2022, Myra membuat pendedahan eksklusif bahawa dia tidak berbintikan Halim kerana ibu bapanya bernikah di Thailand pada 1995.

Kata Myra, mereka bercerai ketika dia berusia setahun dan urusan penceraian itu kemudian diselesaikan di Thailand pada tahun 1998.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*