[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

Hampir 14 tahun hidup bersendirian, pelakon dan pengacara Raja Azura didakwa kembali bergelar isteri selepas mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya yang dipercayai berlangsung, pada Jumaat.

‘Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah’

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Raja Azura menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram. Menerusi video tersebut, Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku mengenakan baju kurung dilihat berjalan menuju ke pelamin.

Bagaimanapun, identiti jejaka yang berjaya menawan hati dan butiran majlis perkahwinan tidak didedahkan.

Alhamdullilah, syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah. Kepada yang selalu mendoakan. Daripada sendirian, kini telah berdua. Terima Kasih.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada rakan selebriti dan peminat yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan buat pasangan itu. Namun tidak kurang juga ada di antara mereka akui terkejut dan tertanya-tanya adakah benar Kak Engku sudah mendirikan rumah tangga atau ianya hanya sekadar lakonan.

Terdahulu, Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga bersama anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff iaitu Adzmin Osman pada Mac 2001, namun bercerai pada 28 September 2010.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 22, Megat Luqman Hakim, 21, dan Puteri Mia Maizura, 19.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YM Raja Azura (@raja_azura)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : IG Raja Azura

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*