Sudah Bercer4i Sejak Setahun Lalu? Hisyam Hamid Akhirnya Bersuara – “Hubungan Saya Dan Isteri Sampai Sekarang…”

Pelakon berasal dari Singapura, Hisyam Hamid akui masih belum bersedia untuk memberi komen berkenaan dakwaan bahawa dia dan isterinya, Rosmawati Hanafi atau Mel sudah bercerai.

Menerusi satu temu bual, aktor berusia 38 tahun tersebut berkata dia perlu mengambil kira banyak faktor penting sebelum mengulas lanjut tentang isu ini.

Nak jaga hati dan perasaan anak dulu

Hisyam bagaimanapun berkata dia bakal mengeluarkan kenyataan berkenaan dakwaan tersebut namun ketika ini dia mahu menjaga hati dan perasaan dua anak mereka.

Tambah Hisyam, setiap rumah tangga pasti tidak lari daripada berdepan dengan masalah dan sudah tentu ada pasang surutnya.

Apa yang saya boleh katakan, sekarang ini saya belum bersedia nak beri komen perkara ini. Saya akan beri kenyataan bila sampai masanya.

Isteri masih menjadi PA

Ujar pelakon Ariana Rose tersebut, hubungannya dengan Mel tetap baik malah wanita berkenaan masih menjadi pengurusnya dan mengatur kerjaya seninya seperti biasa.

Hubungan kami sampai sekarang okay dan Mel masih menjadi pengurus saya. Kami juga keluar bersama dengan anak-anak pada Aidilfitri, baru-baru ini. Cuma ada perkara yang ‘personal’ (peribadi) yang saya belum boleh komen lagi.

Hisyam turut akui tidak terkejut dengan spekulasi tentang rumah tangganya dan sedar ia sudah berlegar sejak setahun yang lepas.

Saya faham sebagai ‘public figure’ semua orang nak tahu mengenai perkara itu (isu rumah tangga). Saya tak terkejut pun sebab perkara itu sudah lama diperkatakan. Saya faham ramai peminat yang sering bertanya mengenai perkara itu dan ramai juga yang turut mendoakan kami.

Dalam pada itu, Hisyam berkata dia berterima kasih kepada rakan wartawan dan semua pihak yang menghormati serta memahaminya dalam hal ini.

Untuk rekod, Hisham berkahwin dengan Rosmawati pada 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak, Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*