Hutang 6K dengan saudara, suami isteri ‘alim’ enggan bayar! Anggap tak wajib sebab pemiutang tak solat

SESIAPA sahaja pasti akan tampil membantu ahli keluarga mahupun rakan taulan yang mengalami masalah kewangan jika berkemampuan.

Namun kebaikan tersebut kadang kala tidak dihargai oleh sesetengah individu sehingga ada yang sanggup mengherdik pemiutang selepas berjaya keluar dari masalah yang dialami.

Menerusi satu hantaran tular, seorang lelaki berkongsi pengalaman berdepan situasi di mana individu yang meminjam wang daripadanya enggan melunaskan hutang tersebut.

Solat merupakan tiang agama dan wajib dilaksanakan umat Islam. -Gambar hiasan

Menurutnya, pinjaman yang dilakukan itu juga sudah menjangkau tempoh tiga tahun.

“Keluarga saudara hutang aku RM6,000. Masa nak meminjam bukan main janji nak bayar balik. Sekarang dah lebih tiga tahun, masih tak bayar,” ujarnya di laman X.

Lebih mengejutkan apabila dia memaklumkan bahawa individu cuba menggunakan ‘agama’ untuk tidak membayar balik hutangnya.

Menurut lelaki ini, isteri kepada saudaranya itu berkata hutang yang dibuat mereka tidak wajib dibayar kerana dirinya tidak solat.

“Isteri dia cakap dalam Islam tak wajib bayar hutang sebab aku tak solat,” luahnya sayu.

Kecewa dengan jawapan yang diterima, dia kemudian mempersoalkan sama ada saudaranya yang solat lima waktu itu boleh masuk syurga atau tidak kerana tidak melunaskan hutangnya.

Kau jangan halalkan. Benda ni boleh jadi saham kat akhirat. Kau cuba solat, mula-mula memang sekejap-sekejap… lama-lama insyaAllah consistent.

WARGA MAYA

“Mereka suami isteri kaki solat tapi tak bayar hutang, boleh masuk syurga ke?” ajunya.

Luahannya di laman X menjadi tular sehingga mendapat perhatian warga maya.

Ramai yang memberi reaksi kurang senang terhadap tindakan saudaranya yang seolah-olah mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen balas.

Tidak kurang juga yang turut menasihati lelaki itu supaya berusaha menunaikan ibadah solat.

“Orang mati syahid pun sangkut sebab hutang. Kalau brother ni suatu hari nanti Allah SWT bagi hidayah dan lengkap solat lima waktu… menjawab la dekat sana.

“Masa kebulur nak pinjam tak pula fikir orang tu solat ke tak.

“Kau jangan halalkan. Benda ni boleh jadi saham kat akhirat. Kau cuba solat, mula-mula memang sekejap-sekejap… lama-lama insyaAllah consistent. Kalau dia jawab macam tu lagi kau reply ‘aku bukan macam kau suami isteri riyak tunjuk kat orang solat tapi hidup penuh hutang, aku solat Allah je tahu’.

“Ayat paling panjang dalam Quran adalah mengenai hutang. Nak bagitahu hal hutang ni sangat dititikberatkan, kau tak nak bayar senang-senang je cakap hutang tak wajib bayar,” ujar beberapa warga maya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*