Ny4wa David Teo Hampir Mel4yang Selepas Terkena S1hir Lint4h, Dakwa Dihantar Keluarga Sendiri – ‘Saya Jumpa Ustaz Untuk Berubat’

Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk David Teo mendakwa pernah menjadi mangsa sihir sehingga hampir meragut nyawanya sekitar enam tahun lalu.

Sihir lintah

Ketika ditemui!, David berkata simptom-simptom dirinya disihir terjadi selepas dua minggu dia menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor.

Malah, lebih mengejutkan lagi, David mendakwa sihir itu dihantar oleh ahli keluarganya sendiri.

Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening kepala. Setiap hari menjelang senja, bacaan tekanan darah tinggi saya naik yang boleh menyebabkan saya kena strok. Pada awalnya saya anggap itu normal kerana saya pun sudah berusia.

Bagaimanapun selepas berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan, doktor sahkan saya bebas daripada penyakit darah tinggi.

Bila rujuk kepada ustaz untuk berubat, barulah dapat tahu yang saya sudah terkena gangguan sihir. Sihir lintah tidak silap saya. Ustaz menyarankan supaya saya segera berubat kerana jika dibiarkan, ia boleh membawa maut. Sihir itu orang terdekat juga yang hantar.

David berkata demikian ketika ditemui pada majlis hari raya filem Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan di Hyatt Place, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berkongsi lebih lanjut, David mendakwa terdapat perubahan ganjil berlaku pada dirinya selama sebulan. Bagaimanapun, keadaanya kembali pulih selepas mendapatkan rawatan bersama seorang ustaz.

Bila cuaca panas, saya akan pakai baju berlapis-lapis seolah-olah berada dalam musim sejuk. Kalau pergi mana-mana tempat yang tak nampak cahaya matahari, saya akan menggigil dan jantung berdebar.

Selera makan juga bertambah. Saya makan seperti kanak-kanak yang sedang membesar dan kerap makan. Berbeza keadaan saya sebelum ini yang jarang makan pada waktu malam.

Ketika proses rawatan, saya dimaklumkan ustaz individu tersebut menyihir saya dengan menghantar lintah ke dalam tubuh saya. Lintah itu akan musnahkan organ dalaman secara perlahan-lahan. Sebulan jugalah saya menderita sebelum pulih sepenuhnya.

VIDEO

@f8buzz

Moden macam mana pun hidup kita ni, tetap nak main tiup-tiup asap. Eh tam pamham akum… TEMU BUAL bersama penerbit filem Jangan Pandang Belakang 2, @davidteo99 di Majlis Riang Ria Raya Jangan Pandang Belakang 2 yang berlangsung di Bukit Jalil. Menurut penerbit tersebut, pelaku yang menghantar sihir itu adalah dari kalangan ahli keluarganya. David Majlis Riang Ria Raya Jangan Pandang Belakang Congkak 2 dan sesi media bersama pelakon dan produksi filem Jangan Pandang Belakang 2. Bukit Jalil • 30 April 2024 #f8buzzhiburan #sembangentertaintment #davidteo #santau #janganpandangbelakang2

♬ original sound – F8Buzz – F8Buzz

 

Sekadar info, David bakal mengeluarkan filem berjudul Jangan Pandang Belakang 2 yang merupakan sekuel kepada filem pertama yang ditayangkan 17 tahun lalu.

Filem itu menceritakan kesinambungan daripada kisah saka keluarga Opah yang mencari tuan baharu untuk didampingi, namun ada sesuatu yang menghalang dan membawa pelbagai kejadian menyeramkan.

Jangan Pandang Belakang 2 bakal menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Khatijah Tan dan Cat Farish, filem berkenaan dijangka menemui penonton hujung tahun ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*