Setelah lama mendiamkan diri sejak terlibat dalam kes tangkap khalwat bersama aktres Ruhainies, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz akhirnya bersuara mengenai isu rumah tangganya.
Sedia lepaskan
Katanya Aliff dalam sebuah podcast The Common Folks di Singapura, dia sudah bersedia untuk melepaskan isterinya, Bella Astillah seperti yang dimahukan aktres itu ketika memfailkan perceraian pada 9 Mac lalu.
Pelakon ini berpendapat tiada apa yang boleh dilakukan pada tahap ini kerana baginya semua sudah pun terjadi dan dirinya harus bertanggungjawab.
Sampai satu tahap, saya melihat tiada jalan kembali untuk semua yang sudah terjadi. Saya perlu berdamai dengan takdir.
Cuma, saya kena pastikan tiada apa yang boleh melengahkan perceraian ini. Saya tak mahu menjadi seseorang terlalu pentingkan diri sendiri.
View this post on Instagram
Sudah lama tak berhubung
Bukan itu sahaja, penyanyi ini juga memberitahu bercerai adalah jalan yang terbaik memandangkan hubungannya bersama Bella juga sudah tidak seperti dulu.
Lagipun, saya tak tahu apa yang perlu saya katakan kepadanya. Bila terlalu lama tak berkomunikasi, saya dapat rasakan ada jurang yang wujud antara kami.
Terima kasih atas rasa cinta dan kasih sayang sepanjang lapan tahun perkahwinan. Terima kasih juga atas kesabaran, anak-anak yang dilahirkan..
Terdahulu, rumah tangga Aliff semakin goyah apabila dia ditangkap khalwat bersama Ruhainies. Lebih-lebih lagi apabila kekasih gelapnya, Sarah Yasmine tampil mendedahkan hubungan mereka serta isu-isu lain yang melibatkan Aliff.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifulnaara
Leave a Reply