Nabil Kongsi Momen Ikut Tabligh Dengan Aliff Aziz – ‘Dia Sebaik-Baik Manusia, Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud’

Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad berkongsi pengalamannya ketika mengikuti jemaah tabligh bersama penyanyi sensasi, Aliff Aziz sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekitar tahun 2020.

Momen join tabligh

Ketika ditemui, pemilik nama lengkap Ahmad Nabil Ahmad berkata Aliff seorang sahabat yang sangat baik dan rajin mengerjakan solat tahajud.

Semasa saya dan Aliff masuk tabligh, dia sebenarnya sebaik-baik manusia. Dia yang merelakan diri untuk masuk tabligh dan belajar agama dengan mendalam.

Sepanjang dengan Aliff, dia tidak pernah tinggal solat tahajud. Dia juga antara orang yang bangun seawal 2 pagi untuk bersiap.

Saya berada dengan dia yang mungkin orang tak pernah nampak. Memang besar ujian Aliff kali ini.

Kalau dia mengaji, dia mengaji betul-betul. Kalau solat, dia solat betul-betul.

Nabil berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka FYP Raya Era yang berlangsung di Restoran Rebung 2 Cef Ismail, Putrajaya, pada Jumaat.

Melanjutkan bicara, bapa kepada dua cahaya mata itu menganggap kontroversi yang terpalit pada Aliff merupakan ujian untuknya.

Allah sebenarnya sedang uji dia dan isterinya. Keluarga mereka sedang diuji ketika ini.

Mungkin ada hikmah atas apa yang Allah uji pada dia. Sama-sama kita doakan untuk dia.

Terdahulu, Aliff akhirnya bersuara dan memohon maaf kepada isterinya, Bella Astillah berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Menerusi temu bual bersama podcast The CommonFolks SG, Aliff turut memgakui khilafnya berlaku curang terhadap Bella.

VIDEO

@ohbulanofficial

Nabil puji Aliff Aziz ✨👍#ohbulan #news #fyp #nabil #aliffaziz

♬ When I See You – Gabriel Albuquerqüe & Piano House

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*