Nama Aliff Aziz kembali menjadi sebutan netizen Malaysia sejurus sebuah podcast TheCommonFolks ditayangkan dan tular di media sosial. Dalam podcast tersebut, Aliff mengakui terasa terkilan apabila isterinya, Bella Astillah hanya memburukkan ibunya pada orang ramai.
Bella lupa pengorbanan ibu mentua
Menurut penyanyi ini, dia berasa tidak adil sekiranya Bella lupa dengan jasa baik ibunya sepanjang perkahwinan mereka. Ujar Aliff, ibunya, Hafiza tidak menyebelahi mana-mana pihak meskipun individu tersebut merupanya anaknya sendiri.
Umi percaya, kalau benda tu salah dan anak dia buat, anak dia salah. Bella pun tahu pasal benda ni. Saya pun dah buat banyak salah sampai umi saya sendiri halau keluar rumah.
Bila Bella buat temu bual itu dan terangkan pasal diri dia, saya macam terkejut dan agak terkilan sikit lah apabila mak saya dibawa di dalam temu bual itu.
Aliff turut memberitahu dia harap sekiranya Bella ingin mendedahkan perkara tentang ibunya, dia juga harus mengakui segala hal baik yang pernah Hafiza lakukan.
Tapi kalau dia nak cakap pasal benda tu, dia juga kena cakap pasal pengorbanan umi. Mak saya tak pernah sokong semua kesalahan yang saya buat.
Umi terkena tempias
Selain itu, aktor ini juga rasa kecewa apabila ibunya sendiri turut terjejas dalam isu rumah tangganya. Katanya, dia sangat sedih melihat ibunya dikecam dan diburukkan di media sosial walaupun Hafiza hanya ingin menjalankan tugas sebagai seorang ibu untuk Aliff.
Lepas temu bual tu, saya nampak kesan daripadanya. Mak saya datang ke mahkamah hanya untuk bagi saya sokongan moral. Tapi bila baca apa yang orang tulis di media sosial pasal mak, saya rasa sangat sakit.
Umi bukan sokong tapi sebagai ibu, dia nampak kehidupan anaknya sedang hancur. Apa orang expect umi akan buat?
Sebelum ini, Bella pernah mendedahkan ketika ditemu bual media bahawa ibu mertuanya pernah mengutuknya di hadapan rakan-rakan di Singapura dengan berkata Bella mula dikenali semenjak berkahwin dengan anaknya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifulnaara
Leave a Reply