“Tak Ada Orang Pandang Serong Pada Saya..” – Nama Menjadi Sebutan Netizen Bukan Penghalang Ruhainies Keluar Rumah

Meskipun namanya kini menjadi perhatian netizen sejak terlibat dalam kontroversi bersama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Ruhainies tetap menjalani rutin hariannya seperti biasa.

Tidak ingin menyorok


Menurut Ruhainies, dia tidak pernah berasa takut untuk beraktiviti seperti keluar dari rumah. Malah, dia tidak mahu menyorok daripada orang ramai walaupun dia tahu namanya sedang ‘hangat’ di media sosial.

Sejak kontroversi ini berlaku saya kerja macam biasa. Saya tak menyorok pun dekat rumah seperti disangka sesetengah pihak.

Saya ada pergi makan dengan kawan-kawan, ke rumah terbuka dan sebagainya. Saya jalani kehidupan saya seperti biasa.

Tiada insiden buruk

Dalam pada itu, aktres berumur 31 tahun ini juga mengakui belum pernah mengalami sebarang insiden buruk ketika berdepan dengan orang ramai di tempat awam.

Orang tidak ada masalah, mereka tidak ada pandang saya pelik dan sebagainya. Tidak ada, Alhamdulillah tidak ada orang yang pandang serong pada saya.

Setakat ini tidak ada orang yang buat bukan-bukan atau perkara jahat kepada saya.

Terdahulu, setelah lama mendiamkan diri akhirnya Ruhainies tampil mengakui kesilapan dan membuat permohonan maaf kepada Bella Astillah serta meminta untuk bersemuka dengannya bagi menyelesaikan isu berkaitan hubungannya bersama Aliff Aziz.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*