“Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia” – Aaron Aziz

Pelakon versatil, Datuk Aaron Aziz memilih untuk tidak memberi sebarang ulasan mengenai kontroversi rakan artis berasal dari Singapura, Aliff Aziz yang masih hangat diperkatakan sehingga kini.

Aaron Aziz tak mahu komen isu Aliff Aziz

Ujar Aaron, dia berharap agar kontroversi rakan selebriti yang berasal dari tempat lahir yang sama dengannya itu tidak menjejaskan usaha pencarian rezekinya di Malaysia.

Ikutkan saya tak nak komen, sebab sebelum ini beberapa kali kalau ada segelintir dari Singapura, saya selalu nasihat mereka agar jangan rosakkan hubungan antara Singapuran dan Malaysia.

Bila saya dengar cerita macam ini, saya tak ada apa nak komen dan isteri saya pun minta saya jangan komen apa apa. Saya cuma harap, masalah itu tak akan beri kesan atau menjejaskan peluang kita.

Dia berkata demikian ketika ditemui media sempena sidang media filem The Experts di Slate @ The Row, Jalan Chow Kita, Kuala Lumpur.

Melibatkan soal hati dan perasaan

Katanya lagi, isu itu tidak mampu diulas kerana ia melibatkan soal hati dan perasaan yang tidak dapat dikawal.

Isu ni lain, bukan macam dia gaduh dekat luar atau buat hal di set. Ini masalah melibatkan soal hati, cinta. Benda ni kita tak boleh nak kawal.

Ini soal hati, tak tahu la hati ke nafsu ke, atau senang jatuh cinta. Kalau isu disiplin atau tak ada etika dalam kerja, mungkin saya boleh bercakap secara peribadi.

“Tapi bila melibatkan perkara ini, kita tak boleh lakukan apa-apa” kongsi Aaron lagi.

VIDEO

@therealaaronaziz

Kurang asam punya Pika, selepas tengok #Sheriff bukan Abg yg buat dia suka dgn filem tu . Rasa sangat tak dihargai hahaha 😭 @AKSO MALAYSIA @Astro Shaw @Anassha Aziz #Akso #AksoSupaPro #thevapedon #TonyIfrit #fypシ゚viral #fyp #f #foryoupage #aaronaziz #aaron #f #fy

♬ original sound – aaron aziz – aaron aziz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*