Pelakon, Muaz Zabir menegaskan petikan peribahasa yang dikongsikan di Instagram Story miliknya baru-baru ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
Sekadar berkongsi
Menurut Muaz, niat asalnya adalah untuk orang ramai mengambil pengajaran di sebalik maksud yang tersirat dalam petikan peribahasa tersebut.
Bagaimanapun kata Muaz, seandainya ada pihak yang terasa mereka boleh memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.
Untuk peribahasa itu saya tidak berniat untuk tujukan kepada mana-mana pihak. Perkongsian itu lebih kepada umum yang mana mungkin orang ramai boleh ambil iktibar daripada maksud peribahasa tersebut.
Andai ada yang terasa, mungkin ini cara untuk perbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa.
Dalam pada itu, Muaz tampil menjelaskan maksud sebenar yang tersirat pada setiap baris peribahasa tersebut.
Justeru niat saya untuk kongsikan maksud sebenar peribahasa itu supaya tiada yang salah faham. Yang pertama lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang. Ini bermaksud sifat seseorang yang rasa dirinya sentiasa betul, tetapi orang lain salah.
Kedua, rebung tak miang, bemban pula miang. Rebung dan bemban ini adalah sejenis pokok. Maksudnya janganlah berlebih-lebih tentang satu perkara sedangkan tiada kena mengena dengan kita.
Seperti kera dapat bunga, tetapi keluar pula sungai. Maksud ini pula, apabila dapat tahu sesuatu berita yang tidak tahu kesannya, sedangkan akibatnya nanti adalah perkara yang buruk.
Seterusnya, orang banyak berbisik, gajah berlalu. Bermaksud kita tidak mampu untuk menghentikan apa yang orang cakap fasal kita. Terus melangkah dengan jalan yang betul.
Terdahulu, nama Muaz dikaitkan menjalin hubungan sulit dengan aktres, Bella Astillah.
Bella menerusi satu temu bual mengaku dirinya berskandal bersama Muaz dengan alasan ingin membuat suaminya, Aliff Aziz berasa cemburu.
Muaz kemudian tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui khilafnya berbuat demikian dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Oh Bulan
Leave a Reply