SELESAI menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Terjerat, pelakon Ruhainies mendedahkan karya itu seperti ada kaitan dengan kisah realiti yang sedang dilalui olehnya kini.
Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, berkata banyak persamaan dalam drama itu yang dilihat seolah-olah ada kaitan termasuklah kontroversi bersama hero iaitu Aliff Aziz.
“Jalan cerita drama ini sebenarnya lebih kurang kisah realiti yang saya sedang lalui sekarang.
Ruhainies menganggap jalan cerita drama lakonannya sama seperti realiti hidup.
“Tak pasti sama ada ia hanya kebetulan atau pun tidak. Saya masih tidak boleh fikirkan. Jalan cerita dan dialog drama,” katanya.
Ruhainies berkongsi perkara itu bagi menjawab respon netizen yang bertanyakan tentang tayangan drama Terjerat di Instastory miliknya.
Pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan Aliff dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Susulan kejadian tersebut, isteri Aliff iaitu Bella Astillah mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac namun aktor itu enggan menceraikannya.
Isu di antara mereka semakin rumit apabila Sarah Yasmine muncul mendedahkan dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu dan berkongsi pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai antara Aliff dan wanita yang dinamakan sebagai NRF.
Ruhainies kemudiannya secara terbuka menyatakan hasrat untuk berjumpa Sarah dan Bella bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.
Ruhainies bersama Aliff (kanan) menjalani penggambaran drama Terjerat.
Sarah pula dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu enggan berbuat demikian kerana bengang ditipu oleh Ruhainies.
Menerusi temu bual, Ruhainies bagaimanapun memberitahu biarpun namanya terpalit dengan pelbagai kontroversi namun dia tetap menjalani rutin hariannya seperti biasa.
Kata Ruhainies, dia tidak pernah berasa takut untuk keluar dari rumah atau cuba menyorok daripada orang ramai walaupun sedar dia menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply