WALAUPUN hebat diuji masalah rumah tangga, penyanyi dan pelakon Bella Astillah terus mencipta kejayaan tersendiri apabila terpilih mewakili Malaysia untuk mengadakan persembahan di Wuhu Shenshan Music Festival 2024 di China.
Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, mempersembahkan sebuah lagu berbahasa Cina selain Sumandak Sabah nyanyian asal Velvet Aduk dan Marsha Milan.
Dianggap membanggakan negara, Bella meluahkan rasa syukur selepas persembahan di sana selain bangga menjadi anak kelahiran Sabah dan rakyat Malaysia.
Antara komen netizen yang memuji Bella.
“Alhamdulillah selesai tugas di China. Sedikit klip untuk semua kesayangan di Malaysia! Saya bangga menjadi orang Sabahan dan Malaysia,” katanya.
Perkara itu dikongsi Bella menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada pagi Rabu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan berbangga atas kejayaan penyanyi itu meskipun sedang bergelut dalam konflik rumahtangga bersama suaminya iaitu pelakon Aliff Aziz.
“Fuh sekarang aku tengah tengok dijatuhkan berada di pentas besar bawa nama negara, yang menjatuhkan tengah naik bas dan merayau jalan kaki. Allah itu maha adil, besar betul ganjaran orang bersabar.
“Pelakon biasa di mata mentua tapi tetap luar biasa di mata peminat Bella. Terbanglah Bella setinggi boleh supaya dapat melihat dunia pernah merendahkan kamu satu ketika dahulu.
“Di saat dia dijatuhkan, dia sendirian berjuang terus bangkit demi anak-anak, tahniah Bella semoga terus berjaya dan kuat berdiri. Kami wanita sedunia sentiasa menyokongmu,” tulis netizen.
Malah rakan-rakan artis juga turut memberi sokongan dan mendoakan yang baik-baik sahaja pada Bella, antaranya ialah Puteri Sarah Liyana, Nora Danish, Marsha Milan, Umie Aida dan ramai lagi.
Pada 13 Mac lalu, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Saya bangga menjadi orang Sabahan dan Malaysia.
BELLA ASTILLAH
PENYANYI
VIDEO
@misspinkyy08 sedikit klip persembahan bella astilla di china..#viral #trending #fyp #bellaastillah #aliffaziz
Ia susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkannya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
Isu tersebut bertambah rumit apabila timbul dakwaan Bella juga bersikap curang apabila menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua.
Tidak menyangkal dakwaan tersebut, Bella bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Muaz sekadar mahu membuatkan Aliff cemburu dan perkara itu juga sudah selesai di antara keluarga kedua-dua belah pihak.
Konflik rumah tangga Bella dan Aliff,masih belum berakhir.
Isu di antara mereka semakin rumit apabila muncul seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu.
Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai ‘NRF’.
Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.
Ruhainies kemudiannya secara terbuka menyatakan hasrat untuk berjumpa Sarah dan Bella pada Jumaat lalu namun kedua-dua mereka enggan beremuka dengannya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply