Belum reda isu panas membabitkan pelakon sensasi, Aliff Aziz berkaitan kes curang, kini timbul pula pendedahan mendakwa aktor ini sering kali ‘dating’ di pusat membeli-belah yang tidak terkenal (sendu) dalam kalangan masyarakat.
Berdasarkan tinjauan portal hiburan, perkara demikian dikongsikan oleh seorang individu yang mendakwa dirinya adalah bekas ‘skandal’ Aliff menerusi satu pautan Ask me A Question sehingga tular di platfom Instagram.
“Aliff selalu plan date dekat mall yang agak sendu dan mall yang mostly non-malay pergi,” tulisnya.
Contoh mall?? Space u8? pic.twitter.com/TBkRL2UI0w
— 🔺meingl🔻 (@meinmokhtar) April 27, 2024
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen bermain teka-teki berkaitan tempat ‘dating’ Aliff di pusat membeli-belah sekaligus memberi pandangan mereka mengenai isu tersebut.
Sehingga kini Aliff masih berdiam diri terutamanya selepas tular mesej perbualan WhatsApp bersama aktres, Ruhainies yang dibongkarkan oleh wanita didakwa kekasih gelapnya itu, Sarah Yasmine.
Antara mesej yang didedahkan oleh Sarah memaparkan Ruhainies seakan menghasut aktor berkenaan untuk membenci Bella Astillah.
Terdahulu, kontroversi antara Ruhainies dan Aliff tercetus selepas mereka ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu dalam sebuah kondominium mewah milik aktres ini.
Susulan konflik tersebut, Bella Astillah memfailkan penceraian pada 11 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : X
Leave a Reply