Sedia maklum, ketika ini nama pelakon, Ruhainies sememangnya menjadi sasaran kecaman netizen susulan kes curang dengan Aliff Aziz.
Tweet lama tular semula
Terbaru, di platform X (Twitter), tular semula tweet lama Ruhainies yang mempersoalkan tindakan orang ramai tidak berpuas hati melihatnya makan bersama bekas kekasih di dalam kereta.
Dalam hantaran itu, Ruhainies berkata ramai perlu membersihkan hati dan tidak perlu sibuk cara dia melayan pasangan.
Ramainya bitter. Sakit hati sangat ke tu 🥴 1. Bersihkan hati anda & chill. 2. Lelaki yg bitter hampa layan gf/wife hampa mcm mna? Curiousnya. 3. Pmpn yg bitter tu,asalkan i xmkn dgn bf you. Lol 4. I xmkn in YOUR car. Lol 5. Tak prnh buat crazy things dgn ur partner ke 🥴
— ruhainies (@NurRuhainies) September 11, 2019
Teruk disindir netizen
Susulan ciapan lama tular semula, netizen tidak melepaskan peluang menyindir kata-kata Ruhainies itu.
Kebanyakannya menganggap ayat yang dilontarkan itu memakan dirinya semula.
Sebelum ini, Ruhainies dan Aliff Aziz telah ditangkap khalwat oleh pihak JAWI di sebuah kondominium yang terletak di ibu negara.
Bagaimanapun, kedua-dua pelakon itu menafikan bahawa mereka melakukan hal-hal tidak senonoh di dalam rumah dan semuanya telah disalah anggap.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifulnaara
Leave a Reply