Amar Baharin Terkejut Ada Orang Bina Rumah Atas Tanah Milik Ibu – “Siapa Luluskan Geran Kedua?”

Pelakon Amar Baharin memohon penjelasan daripada Pejabat Tanah dan Galian Selangor berkenaan kes tanah kepunyaan ibunya.

Katanya, sehingga kini kes tersebut masih belum selesai dan ibunya masih tidak menerima sebarang ganti rugi.

Beliau juga memohon pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana satu bidang tanah boleh ada dua geran berbeza.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

 

Menceritakan mengenai kejadian, Amar berkata ibu bapanya mempunyai sebidang tanah di Semenyih, Selangor.

Ketika melawat tapak tanah untuk diusahakan, ibu bapanya terkejut melihat sebuah rumah dibina di atas tanah itu.

Tuan rumah menunjukkan bukti geran menunjukkan tanah itu kepunyaan mereka. Dalam masa yang sama, ibunya juga mempunyai geran tanah itu siap bayar cukai tanah setiap tahun.

Semoga #PejabatTanahDanGalianSelangor ada jawapan untuk setiap persoalan diatas. Dan pihak @sprmmalaysia dan @pdrmsia_official mungkin boleh buat sesuatu atas masalah rakyat yang keliru dengan situasi sebenar. Terima kasih.

Ada siapa-siapa tahu akaun rasmi ig Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor ? Kalau ada share please.

Difahamkan, sehingga arwah bapanya meninggal dunia, kes tanah tersebut masih belum selesai. Pejabat Tanah dan Galian Selangor berjanji untuk menggantikan dengan tanah yang lain, tetapi tiba-tiba pihak pejabat beri alasan ‘tiada tanah kosong’ di Selangor.

Selebriti ini mempersoalkan siapa yang bertanggungjawab meluluskan geran kedua sedangkan tanah itu milik ibunya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :  Instagram Amar Baharin

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*