Sambut Hari Raya Bersama Anak-Anak Tanpa Aliff Aziz, Ini Respon Bella Astillah – “Tak Ada Perancangan Nak Temukan Mereka..”

Pelakon dan penyanyi sensasi, Bella Astillah mengakui dirinya dan anak-anak tetap gembira menyambut hari raya bersama tanpa kehadiran suaminya, Aliff Aziz. Katanya, kedua-dua anaknya juga tidak bertanya tentang keberadaan bapanya itu.

Tidak mahu berjumpa Aliff

Menurut aktres ini, anak-anaknya gembira sahaja ketika menyambut Aidilfitri. Dia juga mengalihkan perhatian dengan mengajak mereka bermain dan melawat nenek dan atuk mereka. Namun begitu, Bella tiada rancangan untuk menemukan anak-anaknya dengan suaminya ketika ini.

Setakat ini, Ayden dengan Ara tiada apa-apa masalah sebab mereka rapat dengan Bella.

Anak-anak gembira sahaja. Lagipun, mereka rapat dengan atuk dan nenek mereka. Mereka tidak berkesempatan lagi berraya dengan bapa mereka dan saya tiada perancangan untuk temukan mereka.

Bawa haluan masing-masing

Bukan itu sahaja, ketika ditanya tentang hubugannya bersama Aliff, Bella memberitahu sejak memfailkan perceraian bulan lalu, dia dan Aliff tidak berhubung dan fokus dengan perjalanan hidup masing-masing.

Saya sendiri pun tidak pasti Alif berhubung dengan keluarga atau tidak. Selepas prosiding di Mahkamah Syariah, saya tidak jumpa dan berhubung dengan dia. Bukan tidak mahu berjumpa, tetapi belum ada kesempatan.

Terdahulu, Aliff Aziz diketahui telah ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada 8 Mac lalu. Susulan itu, kerana didakwa dicurangi sebanyak 11 kali, Bella memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*