Umum sedia maklum Malaysia terdiri dengan 14 buah negeri dan banyak daerah. Setiap dari kawasan itu juga mempunyai kelainannya yang tersendiri sebagai contoh dari segi budaya, dialek, tradisi dan sebagainya.
Buat mereka yang sedang bercadang untuk mencari kediaman baru, sudah tentu anda mahukan persekitaran yang baik bagi mendirikan kehidupan bersama keluarga dalam tempoh jangka masa lama.
Namun begitu, mungkin ramai di antara golongan tersebut masih tidak pasti manakah lokasi daerah atau kawasan di negara ini yang sesuai mengikut cita rasa anda.
Daerah Atau Kawasan Mana Yang Sesuai Untuk Dijadikan Kawasan Menetap?
Baru-baru ini, tular satu ciapan di laman X (Twitter @localrkyt), apabila seorang pengguna bertanya kepada para netizen tentang daerah manakah yang menjadi pilihan mereka sekiranya mereka mengambil keputusan untuk berpindah.
Bukan tinggal secara berseorangan, tetapi bersama ahli keluarga yang lain dalam tempoh masa lama.
Ini Pandangan Rakyat Malaysia
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet kelihatan tertarik dengan soalan tersebut dan memberikan pandangan masing-masing. Antaranya:
#1. Kuantan, Pahang
Ramai juga di antara mereka berpendapat bahawa Kuantan adalah lokasi penginapan yang terbaik keindahan alam semula jadi yang tersedia di sana seperti pantai dan sungai.
Walaupun keadaan trafik di sana dikatakan semakin sibuk saban hari, namun ia tidak menjadi penghalang buat sesetengah netizen untuk sentiasa menetap di sana. “Tak terlalu bandar dan tak terlalu kampung,” kata seorang wanita.
Ada juga berpendapat bahawa percutian di Kuantan selama sehari tidak mencukupi sehinggakan mereka mahu menetap di sana gara-gara persekitaran daerah yang cantik.
#2. Taiping, Perak
Sementara itu, antara lokasi yang juga menjadi bualan orang ramai adalah bandar Taiping di Perak. Hal ini kerana, orang ramai berkata masyarakat penduduk di sana sangat mesra selain kos makan yang murah jika dibandingkan dengan tempat lain.
Ujar seorang lelaki persekitaran yang terdiri dengan pokok-pokok hijau mampu memberikan ketenangan kepada seseorang individu terutamanya buat mereka sudah pencen dan hanya duduk di kawasan rumah.
Buat mereka yang sudah menetap lama di Taiping, golongan tersebut bersetuju bahawa di sana terdapat banyak jalan alternatif dan jalan pintas.
#3. Ipoh, Perak
Destinasi ketiga yang menjadi pilihan utama orang ramai adalah daerah Ipoh. Ada yang berkata mereka berasa selamat untuk berjalan di kawasan tersebut pada bila-bila masa.
Seorang pengguna X berpandangan bahawa Ipoh berada berdekatan dengan beberapa bandar utama yang lain. Oleh disebabkan itu, mereka tiada masalah untuk bergerak ke mana-mana kerana tempoh perjalananan tidak sejauh jika menetap di negeri lain.
Faktor makanan tempatan yang menarik juga tidak terkecuali seperti Nasi Ganja.
Jika lihat satu persatu pendapat orang awam, sebenarnya banyak lagi daerah atau lokasi yang menjadi tumpuan masyarakat seperti Manjung, Seremban, Perlis, Pulau Langkawi dan Kuala Terengganu.
Majoriti sebab atau alasan mereka memilih kawasan tersebut adalah seperti berikut:
- Kos sara diri yang lebih murah.
- Keindahan alam flora dan fauna.
- Trafik yang tidak begitu sesak.
- Pilihan makanan yang pelbagai.
- Berdekatan dengan laut.
Kuantan Raih Anugerah Antarabangsa
Untuk info, daerah Kuantan yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk dijadikan tempat kediaman pernah meraih anugerah berprestij peringkat antarabangsa iaitu ‘Green Apple Environment Award For Beautiful Buildings – Gold 2022’.
Anugerah tersebut adalah anjuran The Green Organisation.
Jelas pihak berkuasa, pengiktirafan itu diberi atas usaha Majlis Bandaraya Kuantan dalam mewujudkan dan memulihara bangunan lama yang menyumbang kepada pertumbuhan semula aktiviti komersial perniagaan di sekitar daerah tersebut.
Memetik Sinar Harian, Ia sekaligus telah memberi kesan kepada kelestarian alam sekitar secara menyeluruh.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Buzzkini
Leave a Reply