Pengurus pelakon Lana Nodin iaitu Jamal Salleih memberitahu dia terkejut apabila mendapat panggilan daripada Lana yang memaklumkan dia tiba-tiba mengalami kesakitan yang teruk pagi tadi.
Dia hubungi sambil menangis
Memetik laporan Harian Metro, Jamal berkata, dia bersyukur apabila Lana sudah dikejarkan ke hospital swasta di Ampang selepas menghubungi suaminya yang kebetulan tidak berada di rumah waktu itu.
Dia hubungi saya sambil menangis meraung menahan kesakitan supaya dibawa ke hospital dengan segera. Malam tadi dia ada hubungi saya maklumkan sudah dua hari badannya rasa serba tak kena, tapi dia masih buat kerja seperti biasa.
Jadi saya nasihatkan supaya dia berehat secukupnya, tapi sekitar jam 11 pagi dia hubungi saya beritahu mengalami kesihatan yang teruk. Saya minta dia hubungi suaminya segera kerana saya ada urusan kerja di luar waktu itu. Jadi suaminya sudah bawa dia ke hospital dan Lana sedang menjalani pemeriksaan kesihatan.
Ujar Jamal, sehingga kini dia masih belum tahu mengenai punca penyakit aktres tersebut.
Saya rancang nak pergi melawatnya ke hospital tapi suaminya maklumkan Lana masih menjalani beberapa pemeriksaan dan tidak dibenarkan untuk melawat. Suami dia pun tak tahu Lana sakit apa? Kami semua masih menunggu laporan daripada pihak hospital.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Harian Metro
Leave a Reply