“Janjiku Tak Kan Kulep4s” – Umisya K0ngsi Foto Bahagia Satu Keluarga, Sedondon Berbaju Raya

Isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan yang juga madu kepada Marissa Dania Hakim mencuri tumpuan warga maya apabila dia ada berkongsi foto 1 Syawal bersama suaminya dan juga dua anak mereka di Instagram.

Umisya kongsi foto raya 1 keluarga

Mengenakan persalinan raya sedondon bermotifkan coklat dan hitam, Umisya dan Aslam bersama anak-anak kelihatan sempurna meraikan Aidilfitri yang sudah genap seminggu.

Malah, lagu latar belakang foto itu yang berjudul Penjaga Hati nyanyian Nadhif Basalamah seolah-olah menzahirkan perasaan wanita itu yang menggambarkan keteguhan jiwa seseorang insan yang tabah berdepan dugaan untuk kekal bersamanya.

Kerana bersamamu semua terasa indah, gundah gulana hatiku pun hancur sirna, janjiku tak akan kulepas.

Sebelum ini, wanita itu ada berkongsi foto bersama Aslam di mana dia turut menjelaskan bahawa hubungannya bersama Aslam masih berstatus suami isteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misya (@umisyamazlan)

Terdahulu, madu Umisya, Marissa ada memuat naik foto mereka berdua di Instagram Story seolah-olah sudah berdamai namun dinafikan Umisya di mana dia menjelaskan bahawa mereka berdua kini sudah membina tembok gara-gara konflik rumah tangga yang menjadi tular sebelum ini.

Marissa kemudiannya tampil membuat kenyataan memohon maaf andai kata tindakannya bernikah bersama Aslam telah mengguris hati ramai pihak dan mengatakan ia (poligami) adalah jalan hidup yang dipilihnya bersama suami.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*