Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir manusia yang tidak bersyukur menerima duit raya.
Belajar untuk bersyukur
Menerusi hantaran di Instagram Stories, pengacara Wanita Hari Ini berkongsi semula puatan tajuk berita yang mengatakan seorang bapa terkejut anak terima duit raya sebanyak RM3.
Menurut Uyaina, walaupun sedikit jumlah duit raya namun tetap perlu diterima dan bersyukur.
‘Dapat seposen sekali pun, terima dan bersyukurlah.
Katanya lagi, pemberian duit raya itu terpulang kepada kemampuan seseorang untuk memberi mahupun tidak.
Duit raya diberi mengikut kemampuan. Kalau orang tu tak bagi sekali pun, tak berdosa.
Ikut suka hati dia lah nak bagi ke tak. Dan ikut suka hati dia lah nak bagi berapa pun.
Jangan buat teruk please. Terpaling entitled.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Instagram
Leave a Reply