Faye Kusairi S3rik Kena Fitn4h, N4fi Rumah Tangga Sedang Bermas4lah – ‘Dah Berusia Ni Kurang Minat Nak Kongsi

Pelakon Faye Kusairi tampil menafikan hubungan rumah tangganya didakwa sedang bergolak gara-gara tidak berkongsi foto bersama suaminya, Azmi Hatta.

Tak suka kongsi di media sosial

Menerusi hantaran di Instagram, dia memberitahu kurang gemar untuk berkongsi tentang kehidupan peribadinya di media sosial.

Terpaksalah muat naik gambar bersama suami. Ramai sangat risau pasal rumah tangga aku ni sampai sanggup menfitnah.

Relax gais, aku ni memang sejenis kurang minat nak kongsi apa-apa sejak dah berusia ni.

Aku berniaga nasi ayam tepi jalan pun kena fitnah macam-macam. Aku tak muat naik gambar dengan suami pun kena fitnah macam-macam. Aku shooting ke tak shooting pun kena fitnah. Apoo…

Jujur cakap kan, sikap aneh-aneh macam ini lah asbab aku ni makin malas nak muat naik atau layan sangat media sosial ni sebenarnya. Penat… macam tak seronok pun ada dah.

Dalam pada itu, Faye turut memberi pesanan kepada warganet untuk tidak sibuk dengan kehidupan orang lain.

Jagalah tepi kain sendiri, bertutur dan berpendapatlah benda-benda yang positif dan punya manfaat.

Kamu perlu fokus menjalani kehidupan sendiri berbanding mengambil tahu tentang kehidupan orang lain.

Harap-harap yang baca ni sudilah terima nasihat aku yang tak seberapa ni ha.


Untuk rekod, Faye dan Azmi mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram Faye Kusairi

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*