Boleh Ke Puasa Q4da & Puasa 6 Syawal Secara Serentak? Ini Penjelasannya

Selepas sebulan berpuasa, umat Islam kini menyambut bulan mulia Syawal pula. Bukan sahaja kemeriahan perayaan Aidilfitri, malah para Muslimin dan Muslimah juga sekali kali diberikan peluang untuk menunaikan ibadah puasa sunat 6 Syawal.

Memetik portal Maktabah Al-Bakri, riwayat Abu Ayub al-Ansari RA, Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.”

Dalam pada orang ramai mengejar untuk menunaikan ibadah berkenaan, masih ramai di antara kita yang masih musykil sama ada puasa tersebut boleh dilakukan serentak bersama puasa yang perlu diqada atau sebaliknya.

UAI Perjelas Hukum Puasa 6 Syawal & Puasa Qada Secara Serentak

Sebelum ini, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus pernah memberikan penjelasan tentang hukum seseorang menggabungkan puasa 6 Syawal bersama puasa yang perlu diqada menerusi satu sesi soal jawab tazkirah.

Umum mengetahui puasa 6 Syawal adalah satu ibadah sunat manakala puasa qada adalah satu keawajipan untuk diganti.

Namun begitu, hukum menggabungkan kedua-dua jenis puasa itu adalah dibolehkan menerusi beberapa pandangan ulama.

 

Pendapat pertama:

Menurut pandangan pertama, gabungan kedua-dua jenis puasa tersebut adalah tidak dibenarkan. Mengulas lanjut mengenai pandangan berkenaan, seseorang individu itu perlu berpuasa pada waktu yang berlainan bagi setiap jenis puasa tersebut.

Pandangan Kedua:

Pandangan kedua ahli ulama pula ada menyebut bahawa kedua-dua jenis puasa itu hukumnya sah untuk digabungkan. Namun perlu disertakan sekali dengan niat menggabungkan puasa qada Ramadan dan puasa sunat 6 Syawal.

Niat yang anda boleh lafazkan melalui hati untuk menggabungkan kedua-dua puasa tersebut adalah, “Aku berniat qada puasa Ramadan esok hari dan puasa sunat 6 Syawal kerana Allah Ta’ala.”

Tambah UAI, kedua-dua pandangan yang diberikan boleh diikuti dan diguna pakai.

Puasa Qada & Puasa 6 Syawal Secara Asing Adalah Lebih Afdhal

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mengikut pendapat yang muktamad oleh para ulama, afdal bagi seseorang untuk berpuasa qada dan berpuasa sunat 6 Syawal secara berasingan.

Pun begitu, menyatukan puasa qada dengan puasa enam berkenaan tetap diharuskan dan tetap mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif.

 

Hikmah Berpuasa Sunat 6 Syawal

Buat anda yang berhajat untuk berpuasa enam Syawal pada tahun ini, di sini kami kongsikan beberapa hikmah melaksanakan ibadah tersebut. Antaranya:

 

  • Menyempurnakan pahala ibarat setahun sebagaimana yang terdapat di dalam nas.
  • Menyempurnakan apa yang kurang dan tidak sempurna dalam perkara fardu.
  • Tanda penerimaan amalan oleh Allah SWT selepas puasa Ramadan.
  • Tanda seseorang bersyukur dengan nikmat Allah SWT.
  • Mendekatkan diri dan memohon keampuann Tuhan Yang Maha Esa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : BuzzKini

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*