Baru-baru ini, kerabat diraja Pahang, Sultan Pahang dan Tengku Ampuan telah mencemar duli apabila hadir ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Lurah Semantan, Temerloh.
Difahamkan, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menyumbangkan suara mereka dalam acara itu, sekaligus menunjukkan sisi mesra dan ‘sporting’ baginda Sultan bersama rakyat-rakyat Pahang.
View this post on Instagram
Selain itu, apa yang paling mencuri tumpuan adalah penampilan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al- Sultan Abdullah menyanyi di rumah terbuka itu yang ternyata telah menuai pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
VIDEO
@bera_community Cover version of Suci dalam Debu by KDPM Tengku Mahkota Pahang @this.7 #tengkuhassanal #royalpahang at Rumah Terbuka YAB MB Pahang @tokwan .. #pahang1st #majuteruspahang #raya2024 #rumahterbuka
Kata netizen, Tengku Hassanal seperti membaca sajak dalam nyanyian lagu Suci Dalam Debu, namun tetap santai melayan permintaan rakyat.
Meninjau ruangan komen, netizen berasa terhibur dengan persembahan Tengku Hassanal meskipun ada yang nampaknya patah hati terutamanya kaum wanita kerana muncul dakwaan anakanda Sultan Abdullah dan Tunku Azizah itu sudah menemui cinta hatinya sebelum ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifulnaara
Leave a Reply