Madu kepada Marissa Dania Hakim, Umisya Mazlan semalam ada berkongsi foto bersama suami, Aslam di ruangan Instagram.
Dalam hantaran tersebut, pensohor media sosial itu turut menjelaskan mengapa dia memuat naik foto dirinya bersama Aslam kerana ingin mengelakkan fitnah.
View this post on Instagram
Sebelum ini, pelakon Abby Abadi yang juga ibu kepada Marissa Dania ada memuat naik video menantunya itu datang beraya di Instagram miliknya.
Maklum Umisya, dia sebelum ini dikatakan sudah tidak lagi bersama Aslam gara-gara kontroversi yang melanda rumah tangganya itu sebelum ini.
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kami. Yang bertanya, ya. Kami masih bersama. Misya tak suka nak expose atas asbab tertentu. Bukan sebab competition, jealousy dan lain-lain.
Untuk kenangan dan mengelak fitnah hari ini misya post gambar eid bersama yang diambil masa first hari raya.
Tulisnya lagi, dia memilih untuk tidak bertelagah kerana Allah, terutamanya dengan mereka-mereka yang tidak mendengar atau memahami apa yang dia lalui.
Tiada kebencian, Umisya sebelum ini terpalit dengan kontroversi pernikahan suaminya yang dilaporkan bernikah kali kedua bersama Marissa Dania Hakim di Songkhla, tanpa pengetahuannya.
Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifulnaara
Leave a Reply