Shila Amzah Duduk Rumah Tunggu Tetamu Datang Beraya – ‘Andai Mama & Syada Mahu Ziarah Saya Sentiasa Terbuka’

Penyanyi popular, Shila Amzah menyatakan dia sentiasa terbuka untuk menerima kehadiran ibunya, Fauziah Sarman dan adik-beradiknya yang lain untuk datang beraya ke rumahnya pada Syawal ini.

Alu kedatangan tetamu

Ketika ditemui! Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Hamzah, 34, bagaimanapun berkata perkara itu bukan menjadi keutamaan kerana fokusnya kini adalah kepada bayi dalam kandungan dan keluarga kecilnya.

Raya nanti saya hanya mahu fokus pada bayi dan keluarga kecil saya. Minta doakan yang baik-baik daripada semua orang. Saya tidak mahu cakap lebih, yang pastinya apa yang terjadi sebelum ini ada hikmah di sebaliknya.

Andai kata mama dan Syada mahu ziarah atau datang beraya ke rumah saya sentiasa terbuka menerima. Tetapi untuk kata saya ada inisiatif sendiri berjumpa mereka itu setakat ini tidak lagi.

Dalam masa sama, pelantun lagu Memori Tercipta itu berkata dia dan suami, Ubai MZ bercadang untuk berada di rumah sahaja pada hari raya ini menunggu tetamu datang beraya.

Untuk raya kita memang mengamalkan konsep, masak dan duduk saja di rumah biar orang datang beraya. Kita tak beraya rumah orang, itu konsep untuk tahun ini. Tak ada nak aktif pergi beraya rumah orang.

Terdahulu, Shila memberitahu dia belum bersedia untuk bertemu dengan ibunya iaitu Fauziah Sarman selepas konflik yang berlaku membabitkan keluarga mereka beberapa bulan lalu.

Shila berkata dia kini mahu memberikan fokus pada bayi dalam kandungan selain ingin mengelakkan diri daripada melakukan hal yang boleh mengganggu emosinya.

Untuk rekod, Shila sah bergelar isteri kepada Ubai pada 5 Ogos 2023 dan kini sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama.

Shila pernah bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.

VIDEO PETIKAN

@mingguanwanita

Shila luah tangannya sentiasa terbuka untuk beraya bersama ibu tercinta. Namun perancangan khusus untuk beraya bersama belum ada. Apapun semoga semuanya baik-baik untuk hubungan Shila dan ibunya. Berseri-seri wajah Shila yang kini sedang sarat hamil anak kedua. #mwambiltahu #mingguanwanita #shilaamzah #ramadan2024

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan, Wanita mingguan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*