Sedia maklum, kemelut yang berlaku dalam rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz hingga ke hari ini masih lagi menjadi bualan ramai.
‘Repost’ babak dalam K-Drama
Terbaru, melalui laman TikTok Bella, kelihatan aktres terbabit ‘repost‘ satu babak di dalam K-Drama yang seakan-akan berkait rapat dengan situasi yang sedang dihadapi olehnya sekarang ini.
Di dalam babak tersebut, pelakon utama mengucapkan ‘tahniah’ kepada rakan baiknya yang telah merampas suaminya dan menganggap rakan baik telah mengambil ‘sampah’ yang telah dibuang oleh dia.
Netizen sokong Bella
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen ‘bersorak’ apabila melihat Bella ‘repost’ video tersebut kerana merasakan ia sememangnya ayat yang perlu dia berikan kepada pelakon, Ruhainies.
Bahkan, ramai yang meluahkan rasa gembira kerana kelihatan kali ini pelakon tersebut benar-benar sudah tawar hati terhadap suami, Aliff Aziz yang selama ini berlaku curang terhadapnya beberapa kali.
Sekadar info, Aliff Aziz enggan menceraikan Bella Astillah dan mengakui masih menyayangi isteri serta akan mencuba sedaya upaya untuk lakukan pelbagai perkara agar dapat menyelamatkan rumah tangga mereka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Tiktok
Leave a Reply