Kisah mengenai Datuk Red yang kini tidak mempunyai pekerjaan untuk menampung kehidupan kedua-dua isteri serta anak-anaknya tular sejak minggu lalu. Semenjak pendedahan tersebut, ramai pihak yang bersimpati dengannya dan dirinya dilihat menjadi tumpuan.
Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini Datuk Red dijemput oleh usahawan dan ibu kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Kartini untuk join sesi live bersamanya.
Dengan kolaborasi mereka berdua, Noor Kartini menyatakan bahawa jumlah hasil jualan itu telah meraih lebih RM100,000.
“Alhamdulillah berkesempatan live dengan Dato’ Red semalam. Alhamdulillah sales semalam live dengan Dato’ Red mencecah RM100 ribu lebih. Terima kasih Dato Red sudi live dengan mama, mama doakan yang baik-baik untuk Dato.”
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tumpang gembira apabila melihat perkongsian yang diberikan oleh Noor Kartini ini. Sebagai rujukan, Datuk Red mendedahkan yang dia telah ditanggung oleh isteri kedua, Adira Suhaimi sejak tahun 2019 lagi.
Malah, Datuk Red juga membuat kenyataan terbuka menyatakan yang dia kini sedang mencari pekerjaan. Susulan itu juga, Datuk Red baru-baru ini ada buat live di TikTok dengan menjual kuih raya dan raih lebih RM78,000 sehari.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Instagram Noorkartini
Leave a Reply