Banyak pergi temuduga masih tak dapat kerja, anda mungkin sil4p strategi! Boleh cuba formula ini, kurang rasa gugup – I-suke | mStar

ZAMAN sekarang memang sukar untuk mendapatkan pekerjaan terutama bagi mereka yang baru menamatkan pengajian.

Selain berdoa kepada Allah, dalam masa sama calon perlulah berusaha membuat persiapan sebelum sesi temuduga untuk memastikan syarikat berminat untuk menngambil anda bekerja.

Sebenarnya, terdapat satu strategi yang boleh diguna pakai untuk tampil menyerlah berbanding ribuan graduan lain yang sama-sama mencari kerja.

Salah strategi ketika ditemuduga boleh menjadi punca anda tidak mendapat kerja. -Gambar hiasan

Formula mudah tersebut dikongsikan oleh perekrut dan jurulatih kerjaya, Farid Affy untuk digunakan oleh calon yang menghadiri temuduga.

Katanya, kaedah diberi nama S.A.P ini perlu digunakan untuk menjawab soalan-soalan diajukan dengan betul walaupun kelihatan mudah.

1. S= Skills (kemahiran)

Beritahu penemu duga semua kemahiran yang anda kuasai.

2. A= Accomplishments (kejayaan)

Ceritakan sebanyak dua atau tiga pencapaian terbaik anda.

3. P= Passion (minat)

Nyatakan alasan kenapa anda berminat dengan jawatan atau industri yang dipohon.

Persediaan awal sebelum ditemuduga boleh mengurangkan rasa gugup. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, menurut Farid, terdapat segelintir orang mengecam tip S.A.P yang dikongsinya kerana cara tersebut dianggap mengajar calon untuk tidak menjadi diri sendiri.

Namun tegasnya dalam ciapan sama, formula ini dibuat sebelum ditemuduga bagi mengelakkan calon daripada berasa gugup atau gagap sewaktu menjawab soalan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*