“Takkan Tiap Tahun Bulan Puasa Kau…” TMJ Komen f0to Joe Flizzow Bercuti Tarik Perhatian Ramai.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berseloroh bersama penyanyi rap terkemuka, Joe Flizzow telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Joe di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa gambar bersama sebuah beg berjenama mewah ketika berada di luar negara.

Joe Flizzow

Dalam perkongsian tersebut, TMJ yang meninggalkan komen berbentuk gurau senda dengan mengatakan tujuan penyanyi itu ke luar negara kerana enggan untuk berpuasa telah berjaya mencuit hati ramai.

Penyanyi yang berusia 45 tahun itu telah membalas komen TMJ memberitahu gambar tersebut hanyalah sekadar mengimbau semula kenangan ketika bercuti.

Bagaimanapun, TMJ tidak mempercayai penjelasan Joe kerana ada pekerja yang mendedahkan penyanyi itu akan meminta mi segera apabila menjelang tengah hari.

Joe Flizzow

“Tak akan setiap tahun bulan puasa kau cabut luar negara pasal tak nak puasa.
“Kau ingat aku bodoh. First two weeks puasa kau lari. Kau baru balik pun tak puasa. Your worker told me tengah hari minta maggi,” kata TMJ.

Disebabkan dakwaan tersebut, Joe berseloroh akan menjalankan siasatan terhadap setiap pekerjanya untuk mendedahkan perkara yang sebenar.

“Wowwww ini adalah tuduhan yang berat Tuanku. Patik akan soal siasat setiap satu staff. I will find this lying so and make him/her confess the truth!” ujar Joe.

Netizen terhibur!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat TMJ yang pandai mengusik Joe yang juga merupakan penyanyi kepada lagu rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT) 2022 berjudul Pioneers yang turut bergandingan bersama penyanyi rap ternama dunia, Snoop Dogg.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram Joe Flizzow

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*