Pemuda tegur syarikat ‘berlumba’ sedekah bubur lambuk, tapi masak cinc4i! Nak bagi orang makan biar ikhlas

TIDAK lengkap rasanya Ramadan tanpa hidangan bubur lambuk.

Maka tidak hairanlah kebanyakan masjid, komuniti setempat mahupun syarikat korporat sering menganjurkan acara ‘mengacau’ dan mengedar bubur lambuk untuk menghidupkan tradisi ini setiap tahun.

Senang cerita, tidak perlu bersusah payah membeli bubur lambuk di bazar Ramadan atau menyediakannya sendiri kerana lazimnya ramai pihak yang akan membuat agihan sumbangan kepada orang ramai.

Dalam ‘keghairahan’ pihak yang berlumba-lumba untuk bersedekah, seorang individu bernama Mohd Rizlan Sirajuddin Dagang tampil memberi teguran kerana mendakwa banyak perkara dipandang remeh.

Ramai pihak sama ada syarikat korporat mahupun komuniti setempat sering menganjurkan program agihan bubur lambuk setiap kali Ramadan. -Gambar Yap Chee Hong/The Star

“Dalam perjalanan pulang dari bandar raya Kuala Terengganu, saat menunggu lampu bertukar hijau di sebuah persimpangan – kami diedarkan sebekas bubur lambuk oleh beberapa orang kakitangan sebuah syarikat korporat.

“Saat berbuka, cikgu membuka sedikit penutup bekas dan menghirup bubur tersebut. Tidak sampai satu tegukan, cikgu meletakkannya semula,” ujarnya yang membahasakan diri sebagai ‘cikgu’.

Menurut individu itu, bubur lambuk tersebut tidak dimasak seperti yang sepatutnya sehingga menghilangkan keaslian rasanya.

“Hanya ada rasa masin dan manis. Tiada rasa ikan, rempah-rempah dan lain-lain seperti cita rasa tempatan.

“Ia mungkin dimasak secara gotong-royong oleh kakitangan jabatan atau syarikat tersebut. Resipinya pula agaknya hanya dicari dalam aplikasi Google.

“Ini bukan kali pertama cikgu menerima pemberian bubur lambuk yang hanya dijamah sesudu sahaja sebelum dibuang ke dalam tong sampah,” tulisnya.

Buat dari pagi, modal lagi, tenaga lagi… pengakhirannya dibuang orang.

NETIZEN

Sama sekali tidak berniat untuk menghina rezeki, namun tegas individu berkenaan, dia berpandangan pihak yang mahu menyumbangkan hidangan bubur lambuk kepada orang ramai perlu lebih ‘ikhlas’ agar hidangan berkenaan berbaloi untuk dimakan penerima sumbangan.

“Resipi bubur lambuk Terengganu mesti ada rempah-ratus tertentu dan ditambah dengan santan, isi ikan, ubi keledek dan banyak sayur seperti pucuk paku kemiding (sayur wajib), daun kaduk, daun kesum, pucuk cekur manis dan daun kunyit.

“Tidak bertujuan untuk memperlekeh usaha pihak-pihak yang berniat membuat amal jariah pada bulan mulia ini.

“Cikgu menegur supaya usaha yang telah dibuat berbaloi; ia dimakan dan dihabiskan oleh penerima sumbangan.

“Tidaklah membazir apabila ia dicampakkan ke dalam tong sampah menjadi makanan tikus dan ulat. Wallahualam,” tulisnya lagi.

Rata-rata warga maya turut bersetuju dengan pandangan individu berkenaan.

Perkongsian lelaki tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya, namun ramai yang bersetuju dengan teguran yang disuarakannya.

“Nak masak bagi orang makan biarlah ikhlas. Buat sehabis baik orang kata.

“Dapat juga bubur lambuk dua bekas. Nak berbuka, cedok-cedok macam dah berbuih… tak berani nak makan.

“Macam tuan tanah (pemilik posting) kata la, buat dari pagi, modal lagi, tenaga lagi… pengakhirannya dibuang orang,” demikian antara komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*