Tular di media sosial hari ini apabila usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tampil dalam sebuah video dipercayai rakaman lagu raya Aidilfitri untuk tahun 2024.
Namun, apa yang mencuri perhatian adalah apabila video tersebut memaparkan usahawan itu beraksi di dalam tab mandi bersama beberapa penari latar yang berperwartakan lembut.
Usahawan itu juga dilihat memakai baju singlet putih dan berseluar pendek ketika menyanyikan lagu raya tersebut.
@beautifulnara Warna warni nampak… #sembangentertainment #aliffsyukriterlajaklaris #aliffsyukri #laguraya #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #tiktokguru
Menjengah ke ruangan komen media sosial, video tersebut ternyata telah mencetuskan pelbagai respon dalam kalangan netizen yang rata-ratanya beranggapan usahawan itu seperti sengaja mencari perhatian dan minta dikecam.
Netizen juga mendakwa Aliff Syukri seolah-olah tidak menghormati bulan mulia kerana melakukan rakaman video yang boleh dianggap kurang sopan.
Are you guys ready???
🤣🤣🤣🤣🤣🤣
Sesungguhnya aku sedang berpuasa..
😌😌😌😌😌😌 pic.twitter.com/BZUQcR8UZd
— En Raed Syah (@akuseorgplhiv) March 28, 2024
Sebelum ini, Datuk Aliff Syukri ada mengeluarkan kenyataan bahawa tahun ini tiada lagu raya dihasilkan kerana komposer telah ‘berpaling tadah’ dan enggan merakamkan karya terbaru mereka dengan usahawan itu.
Dia sebelum ini ada mengeluarkan beberapa lagu sempena Aidilfitri seperti Kelempok Raya, Lala Raya dan Chuk Ku Chuk Raya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifulnaara
Leave a Reply