“Bukan Saya Kata, Ia Ada Dalam Al-Quran…,” – Neelofa Jawab Dakwaan Tiada Empati, Anak Tetap Kena Hormat Walau Ibu Bapa Tak Bertanggungjawab

Selepas dikritik netizen kerana dikatakan tiada empati, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa tampil memberikan menjelasan berhubung responnya terhadap luahan seorang pemanggil di program radio, 3 Pagi Era baru-baru ini.

Menurut Neelofa, dia mengakui terdapat kelemahan ketika dirinya memberikan pandangan mengenai luahan pemanggil itu yang ditinggalkan ibu bapa kandung sehingga menimbulkan perasaan dendam.

“Saya akui ketidaksempurnaan saya untuk memberikan pandangan dalam konteks yang menyeluruh.

“Mungkin saya hanya menyentuh satu bab sahaja iaitu dari sudut pandang agama.

“Jadi, setengah orang fikir saya tidak menyentuh dari sudut kesihatan mental, empati dan simpati,” katanya.

Pada masa sama, Neelofa menyifatkan topik melibatkan ibu bapa ini merupakan satu perkara yang sangat besar untuk dibincangkan.

“Saya tak kata apa yang saya dan Nabil katakan itu salah tapi dalam waktu yang singkat, ia tidak menyeluruh.

“Saya agak terkejut juga dan ketika itu saya memandang Nabil. Tapi secara spontan, itulah jawapan saya. Kita tiada masa yang panjang untuk hurai.

“Bila cakap fasal mak ayah, ia merupakan satu isu yang sangat berat. Di sisi Allah SWT, ibu bapa ini merupakan satu subjek yang besar,” ujarnya.

Neelofa berkata sedemikian ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa dan Tayangan Program Raya Astro yang berlangsung di Le Meridian Hotel, Petaling Jaya pada Rabu.

Pada masa sama, Neelofa turut menjelaskan secara lanjut mengenai tuntutan agama buat anak-anak terhadap ibu bapa.

“Dalam hidup ini, ada perkara yang kita tak boleh pilih dan salah satunya adalah ibu bapa. Ada kalanya kita diuji dengan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab.

“Namun, sebagai anak, kita ada had dalam melakukan satu hal.

“Dalam Al-Quran ada mengatakan, jika ibu bapa bersungguh-sungguh berusaha untuk anak menyirikkan Allah, jangan mentaatinya tetapi berbuat baik dengan mereka dalam urusan dunia.

“Bayangkan, syirikkan Allah itu dosa paling besar tapi tetap juga Dia perintahkan kita hormati ibu bapa. Jadi, kita kena hormati mereka. Bila mereka panggil, kita kena datang tanpa meninggikan suara dan bermasam muka,” ulasnya lagi.

Lantaran itu, pengacara program Next To Neelofa ini akui akan memperbaiki cara penyampaiannya selepas ini.

“Saya akui respon saya itu ada kelemahan tapi dari sudut pandang agama, itulah jawapannya.

“Itu bukan saya yang cakap tapi itu apa yang Allah bagitahu di dalam Al-Quran. Saya harap temubual ini dapat berikan penjelasan,” katanya lagi.

Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata tidak adil jika orang ramai menilai kehidupannya memandangkan dia juga dibesarkan dalam keluarga yang ibu bapa bercerai.

“Ada yang kata saya tak layak berikan berikan pandangan kerana hidup saya dikatakan sempurna dan tak pernah susah. Saya tak pernah cakap fasal ibu bapa saya.

“Saya juga datang dari keluarga ibu bapa yang bercerai. Tiada siapa yang tahu sebab kami tak pernah kongsi.

“Hidup saya tak sempurna tapi kita kena lalui dengan cara yang betul dari sudut agama,” akhirinya.

VIDEO

@mediahiburanofficial

Selepas dikritik netizen kerana dikatakan tiada empati, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa tampil memberikan menjelasan berhubung responnya terhadap luahan seorang pemanggil di program radio, 3 Pagi Era baru-baru ini. Menurut Neelofa, dia mengakui terdapat kelemahan ketika dirinya memberikan pandangan mengenai luahan pemanggil itu yang ditinggalkan ibu bapa kandung sehingga menimbulkan perasaan dendam. #MHnews #MediaHiburan #Neelofa

♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : MH

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*