Kes perceraian bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dan bekas isterinya Fitria Elfina menjadi perhatian ramai baru-baru ini.
Fitria yang merupakan warga Indonesia diceraikan dengan talak dua oleh Safee pada Februari lalu dan lafaz tersebut disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah.
Rentetan perceraian itu, tular sebuah video temu bual Fitria, menyatakan dirinya dilemparkan kata-kata kurang manis oleh segelintir individu termasuk didakwa sedang menerima kifarah atas perbuatannya meruntuhkan rumah tangga Safee dengan bekas isteri pertamanya.
Untuk rekod, Safee bernikah dengan Fitria pada 21 Disember 2013, merupakan perkahwinan kali kedua buat pemain bola sepak itu yang mana sebelum ini beliau mendirikan rumah tangga dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007 dan membuat keputusan untuk bercerai pada tahun 2012.
@media_penglipurlara “Betullah (saya sudah kahwin), apa salahnya? Bagi saya yang halal tiada salah, jadi kita teruskan sahaja kehidupan,” kata bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita lain. Dia ditemui di pekarangan lobi Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Selangor pada Selasa. Terdahulu, rumah tangga Safee dan isterinya, Fitria Elfina Maharip, 44, yang dibina sejak 11 tahun lalu terlerai talak dua di mahkamah berkenaan. KREDIT VIDEO: MINGGUAN WANITA #safee #cerai #bola #viral #fypp
♬ Tersanjung (From “Tersanjung The Series”) – Bunga Citra Lestari
“Ada orang cakap sebab Safee bercerai (isteri pertama) adalah dengan menyatakan bahawa saya ambil daripada bekas isteri dia, mereka kata ini kifarah untuk saya,” katanya.
Fitria bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan hanya orang tertentu sahaja mengetahui kisah sebenarnya.
“Saya memang tak ada langsung dalam hubungan Safee dan bekas isterinya yang lama. Waktu saya berkenalan, Safee pun sudah ada masalah rumah tangga.
“Tapi tak apalah orang nak cakap. Ini semua Allah yang tahu,” katanya.
Dalam temu bual itu, dia juga mendedahkan bekas suaminya berubah sikap selepas berkahwin dengan isteri baharu pada Januari lalu.
Selain itu, dia menegaskan mahu menuntut hak penjagaan dua anaknya selepas terputus hubungan dengan mereka sejak 6 Februari lalu dan tidak mengetahui di mana keberadaan mereka.
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : lobak merah
Leave a Reply