Tak semua orang boleh menjadi pendengar yang baik, sebab apa? Sesetengah orang mendengar luahan orang lain namun tanpa sedar, mereka tidak validate perasaan individu tersebut.
Malah, kadang kala nasihat yang diberikan pula seperti tidak sesuai atau bukanlah apa yang sepatutnya didengari oleh individu yang meluahkan.
Baru-baru ini, pengacara dan usahawan Neelofa dikritik ramai warganet selepas dia memberikan nasihat kepada seorang pemanggil yang membuat panggilan ke radio untuk menceritakan kisah hidupnya.
Ibu lari dan hilang
Menerusi perbualan itu, individu terbabit menangis menceritakan trauma yang dilaluinya apabila ditinggalkan oleh ibu kandung yang melarikan diri dan terus hilang ketika dia berusia 13 tahun.
Ujarnya lagi, tidak lama selepas itu bapanya pula meninggal dunia dan dialah yang terpaksa membesarkan adik-adik tanpa ibu bapa sehinggalah kini usianya sudah 20 tahun.
Bayangkan ye, tak lama lepas mak dia lari ayah dia meninggal. Dia masa ni sekolah lagi dan dia cuba cari mak dia tapi tak dapat. Call mak tak angkat!
Tak dapat maafkan ibu kandung
Tambah individu itu, disebabkan apa yang berlaku dia tidak dapat memaafkan ibunya kerana lari meninggalkan keluarga hanya kerana mahu menjadi isteri kedua kepada lelaki lain.
@era.je Allahu. Bayangkan betapa traumanya Laila (bukan nama sebenar) sampai sekarang dia susah nak bagi kepercayaan pada orang. Banyak pengorbanan yang Laila kena buat. Cuma sekadar nasihat dari @nabilzira & @neelofa , awak maafkan dan berbaiklah dengan ibu. Apa pun Laila, awak memang orang yang hebat. Moga Allah permudahkan urusan awak 🤲🏻🥹 #sharERA #ERARadioNo1PalingLegit #3PagiERA #JumaatBersamaLOFA
Itu respon Neelofa?
Selepas mendengar luahan hati individu itu, Neelofa terus menasihatinya untuk memaafkan sahaja ibunya. Nabil pula kemudian berkata caller akan berasa menyesal jika ibunya meninggal dunia sebelum dia memaafkan.
Respon mereka dikritik warganet di TikTok yang menganggap tiada empati kerana mereka langsung tidak validate perasaan, rasa sakit dan kecewa dirasai oleh individu tersebut.
Sakit tetap sakit. Dia berhak untuk marah dan taknak maafkan mak dia. Masa budak lagi dia yang jadi mangsa konflik orang dewasa.
Menerusi TikTok juga, ramai yang turut mengkritik stesen radio mengambil Neelofa untuk memberikan nasihat tentang hal sebegitu.
Malah, rata-ratanya berpendapat dia tidak akan dapat faham kerana Neelofa dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya dan ada yang mencadangkan stesen radio mendapatkan hos yang lebih baik (untuk segmen sebegitu).
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifulnaara
Leave a Reply