“Tahniah Kerana Membantu Proses Normalisasi Ini” – Ditudvh Sebarkan Agenda LGB* Menerusi Drama Khuns4, Shahrulezad Buka Mulut

Pengarah terkenal, Shahrulezad tampil membuka mulut setelah dirinya difitnah membawa agenda normaliasi budaya LGBT menerusi drama terbarunya, Khunsa.

Ujar pengarah itu, tiada apa yang perlu dibimbangkan sebaliknya meminta masyarakat untuk sentiasa berdoa kerana setiap ujian manusia adalah berbeza-beza.

Cubaan menormalisasikan golongan ini yang awak takutkan sangat sebenarnya? Taku bala Allah turun pada semua sekali? betul tak? Insya-Allah tidak, Insya-Allah, Allah tidak akan berbuat demikian. Asalkan kita doakan yang baik-baik sahaja.

Shahrulezad berkongsi perkara demikian menerusi satu hantaran Instagramnya hari ini.

Difahamkan, dia tampil membuat kenyataan demikian setelah dikritik secara sarkastik oleh seorang individu yang mendakwa dirinya cuba menormalisasikan golongan LGBT.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @radiusone_official

Dia dalam pada itu menegaskan bahawa tidak mengapa jika seseorang itu mempunyai pendapat tersendiri namun menegaskan bahawa segala kritikan yang diberikan dilontarkan dengan cara baik berserta hujah yang kukuh.

“Tidak mengapa kalau berbeza pendapat. Tetapi tolonglah berhujah dengan cara yang sihat dan baik. Lepas ini saya tidak akan memberikan komen dengan cara seperti dia (netizen) tinggalkan komen. Saya akan block sahaja jadi berhati-hati kalau mahu meninggalkan komen walaupun anda tak setuju dengan pendapat saya” tulisnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*