PERKONGSIAN terbaharu Fathia Latiff mengundang kebimbangan dalam kalangan pengikutnya apabila pelakon itu memberitahu tahun ini mungkin adalah Ramadan terakhir buatnya.
Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, bagaimanapun tidak menjelaskan maksud sebenar kenyataan dibuat itu malah menutup ruang komen di Instagram.
Pelakon itu sebaliknya hanya memuat naik foto memperlihatkan dia sedang membaca al-Quran bersama ibunya iaitu Badriyah Hassan di sebuah masjid.
Fathia menyifatkan tindakan netizen sudah melampaui batas.
“Saya rasa ini merupakan tahun terakhir saya menyambut Ramadan,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza, Fathia memberitahu kedatangan Ramadan bukanlah waktu untuk seseorang itu menjadi riyak.
Sebaliknya umat Islam harus memberikan perhatian untuk fokus kepada amal ibadah.
“Pada pendapat saya, Ramadan bukanlah waktu untuk kita berlagak sombong atau menunjuk-nunjuk.
“Ia adalah bulan yang mulia untuk menumpukan perhatian dan mengabdikan diri kepada Yang Maha Kuasa,” ujarnya.
Sebelum ini, pelakon drama Ariana Rose pernah menyelar tindakan netizen yang disifatkan sudah melampaui batas atas kata-kata dilemparkan terhadapnya.
Kata Fathia, sikap negatif yang dibawa netizen itu sudah memberi kesan buruk terhadap dirinya.
Malah apa yang lebih membimbangkan, aktres berkenaan mengugut akan keluar agama disebabkan sudah tidak tahan dnegan tohmahan dilemparkan kepadanya.
Sejak Januari lalu, nama Fathia kembali menjadi bualan ramai apabila kerap berkongsi luahan dan pendapat di media sosial yang mengundang pelbagai kontroversi.
Ini termasuk menyamakan wajah aktres Zahirah MacWilson dengan pembantu rumah.
Nama Fathia kembali menjadi bualan hangat netizen.
Tidak cukup dengan itu, Fathia turut menyerang bekas teman lelakinya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza yang juga merupakan suami Zahirah.
Dalam beberapa siri luahan, Fathia mendakwa Aiman masih menyayanginya dan meminta pelakon itu memohon maaf kepadanya.
Fathia turut ‘berperang’ dengan bekas teman baiknya iaitu Zarina Anjoulie selain mendakwa suami kepada Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman gagal menyiapkan rumah miliknya.
VIDEO
@ohbulanofficial Alamak apa kes pulak ni Fathia? 😪 #ohbulan #sembangentertainment #fathialatiff #ramadan #terakhir
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar, Oh bulan
Leave a Reply