SUDAH hampir dua minggu umat Islam berpuasa, pasti ramai yang sedang atau telah membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Tampil cantik pada pagi Syawal sudah menjadi satu kewajipan terutama bagi kanak-kanak dan kaum wanita yang mahu kelihatan menawan menggayakan baju baharu masing-masing.
Namun, di sebalik mencari busana yang cantik untuk dipakai, sudah pasti para pembeli juga prihatin tentang harga pakaian yang akan dibeli.
Pempengaruh Trisya Lee tampil dalam satu video meluahkan rasa terkilan selepas mendapati pakaian raya yang mahu dibeli rata-rata mahal harganya.
“Kenapa baju raya tahun ni bukan main mahal ya, kalah pengantin.
“Makin simple design makin ‘cekik darah’ harga baju tu.
“Pelik betul aku tak tahu kenapa baju raya makin mahal,” katanya dalam satu video tular di TikTok.
Menurut wanita tersebut, baru-baru ini dia telah berkunjung ke sebuah gedung yang terkenal kerana menjual pakaian pada harga berpatutan untuk ‘shopping’ raya namun terkejut melihat sepasang baju kurung dijual pada harga RM359.
Trisya Lee yang juga seorang Vlogger turut berasa tidak puas hati kerana menganggap rekaan baju itu tidak jauh beza dengan rekaan dari negara jiran, Indonesia.
Sesetengah peniaga didakwa meletak harga tinggi untuk baju raya yang ringkas rekaannya. -Gambar hiasan
“Bila aku tanya harga berapa, RM359! Baju lace, (pakai) cuaca dekat Malaysia panas, pakai melekat-lekat… susah gila nak cari baju raya yang murah sekarang, mostly harga semua cekik darah.
“Aku bukanlah demand nak baju harga RM20-RM30 tapi biar masuk akal la sikit. Harga RM300 lebih, tapi design macam baju kurung Pahang?” katanya dalam nada kesal.
Betul, bukan kita tak ada duit, tapi saya tak kan beli jika rasa tak berbaloi.
NETIZEN
Bagi mencari penyelesaian kepada masalah ini, Trisya cuba bertanyakan kepada para pengikutnya di mana dia boleh membeli baju raya dengan harga berpatutan.
Katanya, dia serius mahu membuat pembelian awal tetapi bukanlah pada harga yang dianggap tidak berbaloi.
“Aku tak nak la cari baju dekat-dekat raya, masa tu baju dah tak ada saiz, banyak defect, tak suka membeli saat akhir.
“Tolonglah aku korang, kalau tak aku tak ada baju raya tahun ni. Serius aku tak tahu nak cari kat mana, online pun bukan main mahal.
“Cuba share dengan aku, kalau-kalau ada yang senasib dengan aku nak cari baju raya tapi bajet tak kencang, lainlah kalau yang bajet kencang rasa murah,” katanya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Trisya mengenai harga baju raya yang semakin mahal saban tahun.
“Betul, bukan kita tak ada duit, tapi saya tak kan beli jika rasa tak berbaloi.
“Kami tak beli baju raya tahun ni, beli untuk anak je.
“Betul lepas tu pakai sekali je
“Sokong mahal, lepas tu cutting kecil.” ujar beberapa netizen di ruangan komen.
VIDEO
@mstarmalaysia Pergi beli baju raya balik ‘tangan kosong’, terkejut semua harga cekik darah walau rekaan simple – “Bukan main mahal, kalah pengantin” #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment #kongsinikmat #kongsibersama #mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply