USAHAWAN sensasi Liana Rosli mengesahkan dia adalah ahli perniagaan yang membuat laporan polis berhubung kejadian sebuah rumah dipecah masuk pada 4 Mac lalu membabitkan kerugian keseluruhan bernilai RM3.5 juta
Bersyukur barangan berharga yang dirompak berjaya ditemui semula, Liana atau lebih mesra disapa Kak KM turut memuji tindakan pantas pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dan menyelesaikan kes berkenaan.
Kak KM puji pihak polis yang cekap menangani kes rompakan rumahnya.
“Ya itu memang saya. Pertama sekali saya bersyukur Allah pulangkan kembali hasil titik peluh saya.
“Lepas itu nombor dua tahniah PDRM, mereka memang hebat dan terbaik!
Peti besi, jongkong emas milik pempengaruh ditemukan di dasar sungaihttps://t.co/Jl4NrcRWH3#BernamaNews pic.twitter.com/Hv5H1OlnUy
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 21, 2024
Polis berjaya menemukan sebahagian harta Liana yang dicuri.
“Dalam masa 24 jam dapat tangkap penjenayah dan selang tiga hari dah jumpa balik barang-barang yang hilang,” katanya ketika dihubungi mStar.
Enggan perkara sama berulang kembali, Kak KM berkata dia akan mengetatkan sistem kawalan keselamatan supaya kejadian rompakan yang terjadi dapat dielakkan di rumahnya.
“Saya akan ketatkan sistem keselamatan rumah meskipun saya sebenarnya akan berpindah tak lama lagi.
“Rumah sekarang belum fikir nak buat apa dan saya takkan jual, tapi kemungkinan akan pasang kamera litar tertutup (CCTV) sebagai salah satu langkah keselamatan,” ujarnya.
Mengambil pengajaran atas apa yang berlaku, Kak KM turut menitipkan pesanan buat masyarakat supaya bersabar dan percaya dengan rezeki yang ditetapkan oleh Allah SWT.
“Saya boleh kata orang luar hanya tahu kecam sahaja, tapi saya nak bagitahu untuk orang lain jangan risau kalau itu rezeki yang halal hasil titik peluh kita insyaAllah akan dapat balik,” jelasnya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata pihaknya menahan empat warga tempatan yang berusia 22 hingga 36 tahun berhubung kes pecah rumah seorang usahawan pada Selasa lalu.
Penahanan empat individu terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki membawa kepada penemuan barang kemas milik usahawan berkenaan di sebuah rumah di Batu Pahat, Johor.
Selain jongkong emas, pihaknya menemukan 15 utas rantai emas, gelang emas (14), cincin emas (2), beg berjenama (7), loket emas (1) dan subang emas (1) di sebuah kediaman di Batu Pahat dianggarkan bernilai RM 2.1 juta milik usahawan wanita terkenal.
Pencarian di kawasan sungai itu dilakukan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berpandu maklumat suspek lelaki yang ditahan.
Ya itu memang saya. Pertama sekali saya bersyukur Allah pulangkan kembali hasil titik peluh saya.
KAK KM
USAHAWAN
Kesemua suspek direman sembilan hari sejak 16 Mac lalu.
Pada 4 Mac lalu, polis menerima laporan daripada seorang wanita berhubung satu kejadian pecah rumah di Padang Balang, Sentul.
Hasil pemeriksaan mendapati sebuah peti besi mengandungi jongkong emas dan wang RM3 juta dilarikan bersama beberapa buah beg tangan pelbagai jenama serta barangan kemas milik ahli keluarga.
Anggaran kerugian yang dilaporkan berjumlah RM3.5 juta dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Mstar
Leave a Reply